Forum Pengurusan Risiko yang pertama untuk Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) di Pusat Latihan telah diadakan di Pusat Latihan KVMRT, Sungai Buloh pada 5 Disember 2019.
SATU sesi perkongsian maklumat telah dianjurkan oleh Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) untuk Bahagian Binaan dan Selenggaraan Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 4 Disember 2019.
Hari Kualiti Mass Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT) 2019 yang julung kalinya telah diadakan di Pusat Latihan KVMRT, Sungai Buloh pada 14 November 2019.
Sejumlah sembilan subkontrak bagi pembinaan MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) berjumlah RM8,666,858.89 telah dianugerahkan kepada kontraktor-kontraktot Bumiputera G1-G4 semasa Cabutan Undian Bumiputera yang ke-24 untuk Laluan SSP.
DUA PULUH ENAM ahli dari The Association of Citizen Contractors Tanzania (ACCT) membuat lawatan ke tapak pembinaan Stesen MRT Bandar Malaysia Utara (BMN) pada 12 November 2019 untuk mendapatkan pendedahan mengenai pembinaan terowong bawah tanah serta memperoleh pengetahuan mengenai strategi keselamatan yang dilaksanakan di tapak pembinaan MRT bawah tanah.
Penembusan Mesin Pengorek Terowong (TBM) yang ke-9 untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) telah dijalankan pada 8 November 2019 di Stesen MRT Ampang Park.
Dalam meraikan Hari Alam Sekitar Kebangsaan, Persidangan Pengurusan Alam Sekitar Mass Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT) 2019 telah diadakan di Pusat Latihan KVMRT, Sungai Buloh pada 5 November 2019.
Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Industri Tahap Kedua (ICP) telah berlangsung pada 22 Oktober 2019 di antara enam Kontraktor Pakej Kerja (WPC) Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) dan enam Institusi Pengajian Tinggi, di mana ianya adalah sebuah komitmen daripada WPC yang telah menjanjikan geran dengan Nilai Nominal sebanyak RM 3.878 juta dalam penubuhan Program ICP yang melibatkan Institusi Pengajian Tinggi yang pertama bagi industri tren negara.
Perwakilan seramai 25 orang dari Bahagian Projek Khas UDA Holdings Berhad (UDA) telah melawat Pusat Informasi MRT Bandar Malaysia pada 17 Oktober 2019.