AwamLaluan Kajang

LALUAN KAJANG

Laluan pertama yang dilaksanakan di bawah Projek MRT Lembah Klang ialah MRT Laluan Kajang sepanjang 46km.

Laluan itu bermula dari Kwasa Damansara, terletak di barat laut Kuala Lumpur, dan melalui pusat bandar ibu kota Malaysia sebelum berakhir di Kajang, sebuah bandar yang pesat membangun di tenggara bandar.

Laluan itu memberi khidmat di bawah tanah untuk jarak yang panjangnya 9.5km di bawah pusat Kuala Lumpur manakala jajaran selebihnya ialah stesen bertingkat. Laluan itu mempunyai 29 stesen, di mana tujuh adalah di bawah tanah.

Dua stesen yang sebelum ini berada di bawah Laluan Kajang telah dipindahkan ke Laluan Putrajaya iaitu Stesen MRT Sungai Buloh dan Stesen MRT Kampung Selamat.

Stesen MRT Kwasa Damansara kini merupakan stesen terminal untuk kedua-dua Laluan Kajang dan Putrajaya. Ini adalah sebahagian daripada reka bentuk yang dirancang untuk Projek MRT Lembah Klang, untuk mengurangkan kebergantungan dan mengurangkan trafik di Stesen MRT Sungai Buloh, yang berintegrasi dengan Stesen KTM Sungai Buloh.

Dengan Kwasa Damansara berfungsi sebagai stesen terminal, tren untuk kedua-dua laluan akan bermula dan berakhir di stesen ini, membolehkan penumpang bergerak dengan lancar dari satu laluan ke laluan lain.
Selain itu, Stesen Tun Razak Exchange (TRX) juga berfungsi sebagai stesen pertukaran untuk kedua-dua Laluan Kajang dan Putrajaya.

Fasa Satu Laluan Kajang, yang bermula dari Sungai Buloh ke Semantan telah mula beroperasi pada 16 Disember 2016, manakala jajaran selebihnya beroperasi sepenuhnya mulai 17 Julai 2017.

Setiap set tren yang memberi perkhidmatan mempunyai empat buah kereta, membolehkan jumlah kapasiti 1,200 penumpang.

Peta Transit
Berintegrasi Lembah
Klang
Stesen Laluan
Kajang
Berminat untuk
melakukan perniagaan
dengan kami?
Peta Jajaran

PENCAPAIAN

Ciri-Ciri Project Yang Menarik

Panjang Keseluruhan

46km

Bilangan Stesen

29 Stesen
22 Stesen Bertingkat
7 Stesen Bawah Tanah

Reka Bentuk Aksesibiliti Sejagat

Fasiliti dilengkapi dengan kemudahan mesra OKU

Tren

58 Tren Elektrik 

Kapasiti Tren

1,200 Penumpang setiap tren

Masa Perjalanan

88 Minit

Tempat Letak Kenderaan

12 Stesen dengan kemudahan tempat letak kenderaan

Depoh

Sungai Buloh dan Kajang 

Informasi Projek
Laluan Putrajaya

Baca lagi

Stesen Laluan
Kajang

Baca lagi

Tren Laluan
Kajang

Baca lagi