KorporatPenyertaan BumiputeraProgram Usahawan Muda MRT (MYEP)

.Korporat > Penyertaan BumiputeraProgram Usahawan Muda MRT (MYEP)

PROGRAM USAHAWAN MUDA MRT (MYEP)

Program Usahawan Muda MRT atau lebih dikenali sebagai MRT Young Entrepreneur Programme (MYEP) merupakan program yang diusahakan oleh Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang akan menjadikan graduan bumiputera sebagai Kontraktor Muda.

Para peserta yang terpilih akan menjalani latihan intensif dan amali selama setahun untuk memperolehi ilmu dan kemahiran yang sepatutnya untuk menjadi usahawan dalam bidang pembinaan.

Dalam tempoh latihan, penilaian akan dilakukan dan peserta yang berjaya dikehendaki untuk menubuhkan syarikat dengan bantuan daripada CIDB/PUNB untuk mendapatkan kontrak yang berkaitan dengan Projek MRT.

Kumpulan pertama MYEP direkrut pada tahun 2013 seiring dengan pembinaan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK). 20 orang peserta telah lulus dan mereka telah menubuhkan 13 syarikat yang mana seterusnya dianugerahkan kontrak oleh Pakej Kerja Kontraktor (WPC) Laluan SBK.

Untuk projek MRT yang kedua, MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang- Putrajaya (Laluan SSP) 60 usahawan muda telah terpilih untuk menjadi kumpulan kedua program ini (MYEP II). Program ini telah berlangsung dari 1 Ogos 2016 dan tamat pada 31 Julai 2017.

MYEP II merupakan program 12-bulan yang terdiri daripada sesi latihan intensif profesional industri pembinaan oleh CIDB selama 6 bulan, tiga bulan kursus latihan pengurusan dan motivasi oleh PUNB dan tiga bulan latihan amali di tapak pembinaan di bawah pengurusan MRT Corp dan Rakan Pelaksana Projek, MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd.

Pada pengakhiran program, 54 individu telah lulus dan membentuk 24 syarikat dengan lesen CIDB Gred G2.

Pada Mac 2018, graduan MYEP II ini akan bersaing untuk 50 pakej kerja yang telah dikhaskan untuk mereka. Pakej kerja ini akan diundi secara berperingkat dan syarikat yang telah melaksanakan kerja-kerja pada tahap tinggi akan diberi peluang untuk pakej kerja yang baru.

Program Usahawan Muda MRTS ‘MRTS Young Entrepreneur Program’ Rail Transit System (MYEP-RTS)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Terbuka kepada Bumiputera yang berumur tidak melebihi 35 tahun semasa pendaftaran.
  2. Warganegara Malaysia dan kelahiran atau yang telah bermastautin melebihi tiga (3) tahun di Johor Darul Takzim.
  3. Pemegang Sijil Kemahiran Tahap 2 (Teknikal), Diploma atau Ijazah dari institusi yang diiktiraf kerajaan (MQA).
  4. Tidak disenarai hitamkan/muflis oleh mana-mana pihak berkuasa/agensi.
  5. Berminat dan sanggup memberi komitmen penuh sepanjang tempoh latihan (6 bulan).

KELEBIHAN MENANTI ANDA

  1. Kursus-kursus yang kompeten didalam sektor pembinaan secara PERCUMA.
  2. Elaun sara diri akan di berikan kepada peserta yang layak sepanjang tempoh program.
  3. Pemantauan & bimbingan akan dilaksanakan sepanjang tempoh program berjalan.
  4. Sekurang-kurangnya satu (1) Sub-Kontrak Kerja dibawah Projek RTS akan diberi kepada yang LAYAK.
  5. Pembiayaan perniagaan/projek akan ditawarkan kepada yang LAYAK.

BAGAIMANA INGIN SERTAI? 

  1. Sila IMBAS kod QR yang tertera atau di pautan link https://tinyurl.com/59tab94e.
  2. Perlu mempunyai akaun GMAIL untuk memudahkan proses pendaftaran.
  3. LENGKAPKAN maklumat anda sebelum 15 Januari 2023.

Sila pastikan anda mempunyai salinan Mykad, Borang Pengesahan Pemastautin, Sijil akademik tertinggi dan salinan-salinan dokumen yang dikehendaki untuk di MUATNAIK di dalam borang permohonan program.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila emelkan kepada [email protected]

Soalan-Soalan Lazim

Apakah objektif Program Usahawan Muda MYEP-RTS?

Melatih menjadi usahawan kontraktor profesional dalam industri pembinaan berkaitan keretapi.

Siapakah pihak berkepentingan program ini?

Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd (MRTS), Johor Centre For Construction Development Sdn Bhd (JCCD) & Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Siapakah yang boleh memohon program ini?
  • Seluruh warga belia Bumiputera yang berumur tidak melebihi 35 tahun.
  • Warganegara Malaysia kelahiran Johor atau yang telah bermastautin melebihi tiga (3) tahun.
Siapakah yang perlu mengikuti program ini?

Mempunyai Sijil Kemahiran Tahap 2 (Teknikal) atau Diploma atau Ijazah dari institusi yang diiktiraf kerajaan (MQA).

Siapakah yang perlu mengikuti program ini?
  • Orang perseorangan yang berminat untuk menceburi bidang pembinaan & keusahawanan. 
  • Kontraktor sedia ada yang ingin meningkatkan keupayaan dan kapasiti diri.
Berapa lama tempoh Latihan program ini?

6 bulan. Bermula Februari 2023 hingga Julai 2023. 

Adakah mempunyai elaun/bayaran sepanjang tempoh latihan?

Ya, elaun sara diri sehingga RM1500/bulan dan penginapan.

Bagaimana ia dilaksanakan?

Kursus ini dilaksanakan secaraberstruktur melibatkan beberapa modul dalam satu-satu siri latihan. 

Apa kelebihan-kelebihan yang dapat melalui program ini?
  • Kursus-kursus yang kompeten didalam sektor pembinaan secara PERCUMA. 
  • Pemantauan & bimbingan akan dilaksanakan sepanjang tempoh program. 
  • Sekurang-kurangnya satu (1) sub-kontrak kerja dibawah Projek RTS akan diberi kepada yang LAYAK. 
  • Pembiayaan perniagaan/projek akan ditawarkan kepada yang LAYAK.