DUA PULUH ENAM ahli dari The Association of Citizen Contractors Tanzania (ACCT) membuat lawatan ke tapak pembinaan Stesen MRT Bandar Malaysia Utara (BMN) pada 12 November 2019 untuk mendapatkan pendedahan mengenai pembinaan terowong bawah tanah serta memperoleh pengetahuan mengenai strategi keselamatan yang dilaksanakan di tapak pembinaan MRT bawah tanah.
Perjalanan mereka ke Malaysia telah diuruskan oleh Suruhanjaya Tinggi Republik Tanzania di Kuala Lumpur dan lawatan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia.
Lawatan bermula di Pusat Informasi MRT Bandar Malaysia dengan ucapan selamat datang oleh Pengurus Kanan Projek I Terowong Bawah Tanah Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Encik Peter Barnett. Beliau meneruskan dengan penyampaian Projek MRT Lembah Klang (KVMRT), terowong di kawasan bandar, pelancaran dan penembusan Mesin Pengorek Terowong dan juga butiran di stesen-stesen bawah tanah seperti kemajuan, pandangan, susun atur dan bahagian-bahagian.
Penyampaian seterusnya adalah mengenai gambaran keseluruhan Keselamatan, Kesihatan & Alam Sekitar (SHE), yang disampaikan oleh Pengurus Besar Kuarters Pekerja (CLQ), Kesihatan, Alam Sekitar dan Keselamatan MRT Corp, Encik Azhar Sofah. Beliau menyampaikan tentang keperluan-keperluan SHE dan strategi-strategi semasa peringkat pra-penganugerahan, pra-pembinaan dan pembinaan. Azhar juga berkongsi tentang jawatankuasa berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, kemudahan CLQ, Pusat Latihan KVMRT dan pelaksanaan tapak SHE seperti Kenderaan Perlindungan Impak, pengurusan perancah dan kualiti air, pemendapan, bunyi dan kawalan hakisan. Beliau menamatkan penyampaian dengan aplikasi mudah alih dan perisian berkaitan SHE yang digunakan untuk pengurusan tapak dan pematuhan serta latihan dan kecekapan untuk Projek KVMRT.
Taklimat keselamatan telah diberikan oleh Pegawai Keselamatan dan Kesihatan MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, Selvaraj A/L Thangaraju sebelum para peserta meneruskan lawatan ke tapak pembinaan Stesen MRT BMN di mana mereka berpeluang melawat platform dek tinjauan.
Satu penyampaian token penghargaan dari Pengerusi ACCT, Encik Milton J Nyerere kepada Peter mengakhiri lawatan tersebut, diikuti dengan gambar berkumpulan bagi memperingati lawatan itu.







