AwamZon Perlindungan Keretapi

ZON PERLINDUNGAN KERETAPI

Zon Perlindungan Keretapi ditakrifkan sebagai kawasan zon yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) di mana terletaknya struktur keretapi, di mana aktiviti yang mungkin akan menimbulkan bahaya kepada struktur keretapi tertakluk kepada peraturan/ larangan. Peraturan-peraturan ini boleh dinamakan sebagai Peraturan Keretapi 1998 (Zon Perlindungan Keretapi). Kawasan ini dilindungi dari sebarang pembangunan melainkan dengan kebenaran daripada Pihak Berkuasa. Zon Perlindungan Keretapi merupakan sebahagian daripada inisiatif Pihak Berkuasa untuk memastikan operasi MRT yang selamat dan boleh dipercayai.

 

KAWALAN PEMBANGUNAN BANGUNAN

Kawalan Pembangunan Bangunan (DBC) bertanggungjawab untuk melindungi Struktur MRT dalam Zon Perlindungan Keretapi seperti di dalam Peraturan- Peraturan (Zon Perlindungan Keretapi) Keretapi 1998. DBC, MRT Corp berperanan untuk memastikan semua libat urus dengan Pihak Ketiga/ Berkepentingan adalah seperti mana di dalam keperluan “Standard Operating Procedure” dan Peraturan Zon Perlindungan Keretapi 1998.

Pembangunan yang berada di dalam Zon Perlindungan Keretapi MRT hendaklah mematuhi Peraturan (Zon Perlindungan Keretapi) Keretapi 1998 yang termasuk:-

  1. Mematuhi spesifikasi teknikal dalam Zon Perlindungan Keretapi 1998.
  2. Mendapatkan surat ‘Tiada Halangan’ dari MRT Corp.
  3. Mendapatkan Surat Persetujuan dari Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Semua kerja yang akan dibina di dalam Zon Rizab Keretapi MRT tidak boleh bermula tanpa Surat Tiada Halangan dari MRT Corp dan Surat Persetujuan dari APAD.

Aktiviti-aktiviti terhad dalam Zon Perlindungan Keretapi MRT disenaraikan secara ringkas seperti di bawah:-

  • Pembangunan baharu
  • Sebarang kerja-kerja di dalam rizab yang dicerobohi oleh pihak ketiga
  • Laluan pejalan kaki baharu yang menghubungkan ke Stesen MRT
  • Jalan masuk/bawah baharu menghubungkan ke pembangunan baru
  • Kerja-kerja menaiktaraf dan penyenggaraan utiliti
  • Korekan, kerja tanah dan kambus balik
  • Penyimpanan bahan
  • Penggunaan kren, mesin gerudi, mesin cerucuk, mesin pengorek atau sebarang peralatan berat
  • Kerja-kerja landskap dan pokok
Peta Transit
Berintegrasi Lembah
Klang
Kemajuan Terkini
Projek Laluan SSP
Berminat untuk
melakukan perniagaan
dengan kami?

ALIRAN APLIKASI UNTUK KERJA-KERJA DI DALAM ZON PERLINDUNGAN KERETAPI MRT

DOKUMEN RUJUKAN UNTUK KERJA-KERJA DI DALAM ZON PERLINDUNGAN KERETAPI MRT

PERATURAN (ZON PERLINDUNGAN KERETAPI) KERETAPI 1998
Peraturan (Zon Perlindungan Keretapi) Keretapi 1998 pada awalnya adalah di bawah Akta Keretapi 1991. Akta Keretapi 1991 telah digantikan dengan Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018.

SENARAI PENYERAHAN ZON PERLINDUNGAN KERETAPI MRT
Senarai penyerahan ini adalah untuk membimbing pemohon menyediakan dan menyerahkan dokumen berkaitan kepada Kawalan Pembangunan Bangunan, MRT Corp.

GARIS PANDUAN INSTRUMENTASI DAN PEMANTAUAN
Garis panduan ini menggariskan keperluan minimum untuk peralatan instrumentasi dan kerja-kerja pemantauan dijalankan oleh Pemilik Projek untuk kerja-kerja pembangunan dan bangunan di Zon Perlindungan Keretapi MRT mengikut Peraturan (Zon Perlindungan Keretapi) Keretapi 1998.

BORANG PENGESAHAN JURUTERA / ARKITEK PROFESIONAL
Penyerahan kerja-kerja di dalam Zon Perlindungan Keretapi MRT hendaklah disahkan oleh individu yang berkelayakan termasuklah arkitek dan jurutera.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Elia Emizar Ng Adimon di talian 03-20832000 atau e-mel kepada dbc.general@mymrt.com.my

Pusat Informasi
MRT

Baca lagi

Peta Jajaran
Laluan 
SSP

Baca lagi

Perjalanan MRT
 

Baca lagi