Hari Kualiti Mass Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT) 2019 yang julung kalinya telah diadakan di Pusat Latihan KVMRT, Sungai Buloh pada 14 November 2019.
Acara ini dianjurkan oleh Jabatan Kualiti dan Jaminan Sistem dari Bahagian Piawaian dan Pematuhan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) sebagai sambutan Hari Kualiti Dunia, dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kualiti bagi organisasi dan juga pertumbuhan negara.
Bertemakan ‘Meraikan Peningkatan’, acara ini menyerlahkan peningkatan berterusan dari segi kualiti bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang dan MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP). Acara ini dihadiri oleh pihak-pihak yang berkaitan dari MRT Corp, MMC-Gamuda KVMRT Sdn Bhd dan Kontraktor Pakej Kerja (WPC) untuk Laluan SSP dan subkontraktornya.
Pengurus Besar Kualiti dan Jaminan Sistem MRT Corp, Ir Zulkifli Mohamed memulakan acara dengan memberi ucapan alu-aluan, di mana beliau menekankan tentang bagaimana elemen kualiti perlu diiktiraf demi kejayaan Projek. Beliau berharap agar acara ini diadakan secara berterusan dan mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di atas kerjasama mereka menjadikan acara ini satu kejayaan.
Perkara pertama di dalam agenda Hari Kualiti KVMRT 2019 ini adalah pembentangan oleh Encik Mohammad Faizal Abdul Hamid dari CIDB dengan topik ‘Kepentingan QLASSIC di dalam Pembinaan’. Di dalam sesi beliau, beliau menekankan kepentingan skim penilaian untuk semua kerja pembinaan. Beliau juga menyenaraikan kos-kos kualiti mutu kerja yang buruk, dan menjelaskan kesan jangka panjangnya, seperti kehilangan reputasi dan keyakinan dalam perniagaan. Selain daripada itu, beliau berkongsi penanda aras antarabangsa mengenai pemeriksaan bangunan, dan menambah bahawa ia harus diterima pakai dan disesuaikan di Malaysia.
Selepas rehat seketika, acara diteruskan dengan pembentangan Pertandingan Kertas Kualiti. Ini adalah peringkat terakhir di mana daripada sejumlah 25 kertas yang telah dikemukakan, lima telah dipilih untuk dibentangkan semasa Hari Kualiti KVMRT 2019. Lima kertas ini kemudiannya dihakimi oleh panel yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari MRT Corp, MMC-Gamuda KVMRT, Universiti Kuala Lumpur dan Jabatan Standard Malaysia. Kertas-kertas ini menumpukan kepada lima Dasar Kualiti MRT Corp dan memerlukan para peserta untuk menyampaikan topik berasaskan kualiti yang berkaitan dengan amalan kualiti, kajian kes dan isu, penambahbaikan dan penemuan dalam Projek KVMRT. Pertandingan ini telah dibuka kepada kesemua kakitangan yang terlibat dalam Laluan SSP.
Selepas tamatnya pembentangan, acara diteruskan dengan ketibaan Tetamu Kehormat, Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International, Encik Mohd Azanuddin Salleh, diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Encik Abdul Yazid Kassim, Pengarah Jabatan Piawaian dan Pematuhan, Tuan Haji Mohd Yusof Kasiron dan Barisan Kepimpinan MRT Corp.
Dalam ucapan pembukaan beliau, Encik Abdul Yazid menyatakan harapan beliau agar semua peserta mendapat ilmu pengetahuan dari acara ini yang akan memberi manfaat kepada Projek ini. Beliau menekankan pentingnya pendekatan holistik dalam kualiti – untuk kualiti digabungkan bukan sahaja semasa fasa pembinaan, tetapi juga harus menjadi sebahagian daripada Projek dari permulaan.
Encik Mohd Azanuddin kemudiannya merasmikan acara, di mana di dalam ucapan beliau, beliau memuji komitmen yang kuat dari KVMRT ke arah menjadikan kualti sebagai bahagian yang penting dalam organisasi. Beliau berkata SIRIM QAS International bangga untuk menjadi sebahagian daripada proses pensijilan KVMRT. Beliau menyuarakan harapannya agar majlis ini akan dapat menguatkan amalan kualiti di dalam organisasi.
Majlis penyampaian hadiah untuk Peraduan Kesedaran Kuiz MRT Corp dan Pertandingan Kertas Kualiti KVMRT menyusul, yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Azanuddin dan diiringi oleh Encik Abdul Yazid dan Tuan Haji Mohd Yusof. Para pemenang adalah seperti berikut:
Peraduan Kesedaran Kuiz MRT Corp
Tempat Pertama – Nur Asyikin Abd Halim dari Sistem Pengrurusan Integrasi dan Operasi Pengetahuan MRT Corp
Tempat Kedua – Muhammad Zakirullah Rahim dari Sistem Elektrikal dan Mekanikal MRT Corp
Tempat Ketiga – Wan Nahariyah Wan Md Adnan dari Perkhidmatan Bangunan Elektrikal dan Mekanikal MRT Corp
Pertandingan Kertas Kualiti KVMRT
Tempat Pertama: Colas Rail (SY205) – Penilaian Kualiti dan Keberkesanannya
- i) Siti Norhaslina Mohtar
- ii) Nabila Nur Zakariah
iii) Sri Hartatie Abdullah
- iv) Ahmad Zaki Razali
Tempat Kedua: MRT Corp – Kajian Kes Penyerahan SY205 Bilik Peralatan Pembinaan Utiliti di Stesen Bertingkat Projek KVMRT Laluan SSP
- i) Muhammad Fadzil Sulaiman
- ii) Norazreen Samsuri
iii) Beloumie @ Abu Ansya’ari Jamaludin
Tempat Ketiga: MRCB (V210) – Pelaksanaan QLASSIC untuk Kerja-Kerja Mekanikal dan Kejuruteraan
- i) Muhammad Qhuziel Abdul Nutalib
- ii) Iqbal Faliq
Sebuah penyampaian sijil kepada WPC untuk Penilaian Tiang telah juga dijalankan. Penilaian ini adalah untuk memastikan kualiti kemahiran bagi permukaan terdedah tiang adalah seperti spesifikasi. MRT Corp melaksanakan penilaian tersebut, dengan bantuan dari MMC-Gamuda KVMRT dan di bawah pemerhatian CIDB.
Penceramah kedua untuk hari itu, Timbalan Presiden Universiti Kuala Lumpur, Professor Dato’ Dr Khairanum Subari memulakan bahagian kedua acara ini, dengan topik ‘Kelengkapan Kualiti untuk Meningkatkan Prestasi di dalam Pengurusan Projek’. Di dalam penyampaian beliau, beliau menyentuh tentang topik jaminan kualiti, kawalan kualiti di dalam pengurusan projek dan kelengkapan kualiti yang akan digunakan dalam menguruskan projek. Beliau juga membincangkan tentang kos yang akan dihadapi projek sekiranya berlaku kegagalan dalam melaksanakan kualiti ke dalam projek.
Item terakhir untuk Hari Kualiti KVMRT 2019 adalah penyampaian dari Juruaudit Utama SIRIM QAS International, Encik Syed Faddly Syed Bahrudin yang bercakap tentang topik ‘ Manfaat Sistem Pengurusan Berintergrasi (IMS): Di manakah kita?’. Beliau membincangkan tentang pelaksanaan IMS dan manfaat daripada sistem tersebut. Beliau juga berkongsi halangan semasa pelaksanaan IMS.
Kesemua tetamu dan peserta beransur pulang dengan maklumat berharga, yang akan memberi manfaat kepada Projek terutamanya dari segi kualiti