Satu delegasi terdiri daripada 25 warga kerja PLANMalaysia telah membuat lawatan teknikal ke Ibu Pejabat Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan stesen-stesen MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) dan Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) pada 18 Julai 2019.
Seramai 60 pegawai teknikal Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), yang merupakan peserta Kursus Pendedahan Reka Bentuk Sejagat Tahun 2019 anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, telah melawat kemudahan MRT pada 10 Julai 2019.
Pada 10 Julai 2019, Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menerima lawatan daripada 16 pegawai Seoul Metro ke Ibu Pejabat MRT Corp. Matlamat lawatan tersebut adalah untuk menetapkan amalan terbaik MRT Corp dalam bidang Sumber Manusia dan Keselamatan.
ass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah memenangi Anugerah Pencapaian Khas dalam GIS (SAG) pada tahun ini oleh Esri Inc di atas pelaksanaan Sistem Informasi Geografi (GIS) yang berasaskan “cloud” yang pertama di Asia dengan mengintegrasikan sepenuhnya Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dan Pemodelan Realiti ke Portal ArcGIS.
Lapan delegasi dari Petroliam Nasional Berhad (Petronas) hadir ke Ibu Pejabat Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada 26 Jun 2019 untuk sesi perkongsian ilmu tentang perolehan dan pengurusan kontrak.
Sebanyak tiga subkontrak untuk pembinaan MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) bernilai RM591,000 telah dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera G1 semasa Undian Bumiputera MRT Laluan SSP yang ke-21.
Sebuah sesi perkongsian pengetahuan mengenai Sistem Maklumat Geografi (GIS) telah diadakan oleh Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bagi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) pada 26 Jun 2019. Ianya selaras dengan usaha MRT Corp agar terus menjadi inspirasi kepada industri rel untuk melaksanakan GIS dalam usaha meningkatkan produktiviti, kecekapan dan penyampaian projek yang berkualiti.
Dua set tren elektrik pertama dipasang sepenuhnya yang dibina untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) telah tiba pada 30 Mei 2019 di Westport, Pelabuhan Klang.
Edisi ke-20 Undian Bumiputera untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) telah diadakan pada 23 Mei 2019 di ibu pejabat Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).