Mengenai RTS Link
Sistem Transit Rapid Johor Bahru–Singapura (RTS Link) merupakan projek rel metro rentas sempadan pertama Malaysia yang menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dengan Woodlands North di Singapura.
Dengan jajaran sepanjang kira-kira 4 km, RTS Link bakal menyediakan perjalanan rentas sempadan yang lebih pantas dan mudah, sekali gus meningkatkan pengalaman perjalanan harian serta menghubungkan kedua-dua bandar dengan lebih dekat.
Dilantik oleh Kerajaan Malaysia, MRT Corp merupakan pemaju dan pemilik infrastruktur awam bagi komponen RTS Link di Malaysia. Projek mercu tanda ini bakal meningkatkan mobiliti serta membuka peluang baharu kepada komuniti di kedua-dua belah Tambak Johor.
Terokai RTS Link dan era baharu kesalinghubungan rentas sempadan.
Peta Jajaran


Video Projek RTS Link
Video RTS Link Time Lapse
Video Projek Kemajuan RTS Link Julai 2023
Video Projek Kemajuan RTS Link September 2023
Ciri-Ciri Project Yang Menarik

Panjang Keseluruhan
Panjang 4km
(Malaysia: 2.7km dan
Singapura: 1.3km)

Bilangan Stesen
2 stesen
(Malaysia: Stesen Bukit Chagar
dan Singapura: Stesen Woodlands North)

Reka Bentuk Aksesibilti Sejagat
Fasiliti RTS Link akan dilengkapi dengan kemudahan mesra OKU yang mematuhi MS 1184 : 2014

Tren
4 gerabak setiap set tren

Kelajuan
Kelajuan maksimum operasi adalah 80 km/h

Kapasiti Tren
10,000 penumpang setiap jam setiap arah

Jumlah Penumpang
Dianggarkan membawa 40,000 penumpang sehari semasa pembukaan

Masa Perjalanan
Jangka masa perjalanan tren adalah 6 minit antara stesen.

Kekerapan
3.6 minit (Muktamad) ketika waktu puncak

Depoh
Depoh Penyelenggaraan RTS Link akan berada di Wadi Hana, Johor Bahru



