Perwakilan seramai 25 orang dari Bahagian Projek Khas UDA Holdings Berhad (UDA) telah melawat Pusat Informasi MRT Bandar Malaysia pada 17 Oktober 2019.
Objektif lawatan tersebut adalah untuk memahami impak terhadap nilai harta di sepanjang jajaran dan stesen MRT, melihat lebih dekat teknologi yang digunakan dalam Projek MRT terutamanya kerja-kerja penggalian terowong bawah tanah oleh Mesin Pengorek Terowong(TBM), teknologi tren MRT serta jumlah penumpang yang mendapat manfaat daripada kekurangan kesesakan lalu lintas disebabkan oleh Projek MRT.
Lawatan itu bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Eksekutif Muda Komunikasi Strategik dan Perhubungan Pihak Berkepentingan Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Encik Maharezan Mahadzir.
Ucapan ini diikuti oleh sebuah pembentangan oleh Pengurus Besar Hartanah MRT Corp, Encik Mohd Nasri Mohamad Nor. Beliau telah memberi taklimat mengenai Projek MRT dan ramalan penumpang harian bagi Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) serta kesan Projek ke atas lebuh raya. Mohd Nasri turut berkongsi kajian mengenai pilihan mobiliti, cabaran terhadap penggunaan pengangkutan awam dan rancangan untuk meningkatkan mobiliti orang ramai. Beliau mengakhiri pembentangannya dengan konsep Linear City.
Topik seterusnya adalah berkenaan kerja-kerja penggalian terowong dan bawah tanah yang telah dibentangkan oleh Pengurus Projek Kanan I Terowong Bawah Tanah MRT Corp, Encik Alexander William Terry. Beliau memberitahu tentang kemajuan terowong secara keseluruhan, kepelbagaian pembentukan geologi di sepanjang Laluan SSP dan maklumat tentang TBM termasuklah jenis, gambaran keseluruhan, penggalian dan pemantauan.
Pembentangan terakhir telah disampaikan oleh Jurutera Projek Sistem Elektrikal dan Mekanikal MRT Corp, Encik Muhammad Raimi Mohd Radzi,. Beliau menerangkan tentang tren elektrik Laluan SSP dengan berkongsi maklumat seperti spesifikasi teknikal, kemajuan terkini, sistem kawalan tren automatik sepenuhnya dan ciri-ciri keselamatan pintar.
Aplikasi realiti maya telah disediakan untuk para pelawat di mana mereka berpeluang untuk mengalami perjalanan sekitar stesen MRT.
Lawatan itu berakhir dengan sesi gambar berkumpulan dan permberian token penghargaan daripada MRT Corp kepada UDA.













