Laluan Kajang
Reka Bentuk Stesen Bertingkat
Seni bina stesen-stesen bertingkat di sepanjang Laluan Kajang (sebelum ini dikenali sebagai Laluan Sungai Buloh-Kajang) adalah berdasarkan konsep wakaf. Wakaf merupakan sebuah struktur binaan tradisional Malaysia yang dibina sebagai tempat berhenti dan berehat untuk pengembara pada masa dahulu. Seperti wakaf tradisional, stesen-stesen bertingkat MRT adalah terbuka supaya dapat diterangi cahaya semula jadi dan mempunyai aliran udara yang baik.
Kemudahan











Tema Reka Bentuk 7 Stesen Bawah Tanah
Keseluruhan tema diinspirasikan daripada Batas Kuartza Klang Gates, daik kuartza tulen yang ditemui di Lembah Klang. Ciri
pelbagai segi kuartza dan refleksi kaleidoskopiknya secara simbolik menggambarkan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa,
budaya dan progresif.
Bentuk pelbagai segi kuartza diolah ke semua tujuh stesen bawah tanah Laluan Kajang melalui struktur bersegi, reflektif dan lutsinar.
Stesen Pasar Seni
Pertemuan:
Terletak di pertemuan antara Sungai Gombak dan Sungai Klang, Stesen Pasar Seni menandakan tapak penubuhan Kuala Lumpur. Penggunaan elemen “Y” yang digayakan sebagai reka bentuk dalaman stesen melambangkan pertemuan. Reka bentuk stesen ini dipengaruhi oleh kekayaan sejarah dan kebudayaan Kuala Lumpur. Gabungan antara LRT, MRT dan bas perantara memudahkan dan melancarkan perjalanan orang ramai di pusat bandar.
Stesen Merdeka
Kemerdekaan:
Stesen Merdeka memaparkan semangat kebangsaan. Stesen yang terletak di bawah Jalan Hang Jebat, bersebelahan dengan mercu tanda bersejarah iaitu Stadium Negara dan Stadium Merdeka serta pembangunan KL118 akan datang. Paparan dinding di dalam stesen digunakan untuk memperingati pengisytiharan Hari Kemerdekaan dan Rukun Negara.
Stesen Tun Razak Exchange
Korporat Islamik:
Stesen ini merupakan stesen bawah tanah yang terbesar Laluan Kajang. Stesen ini merupakan stesen pertukaran di antara Laluan Kajang dan Laluan Putrajaya yang akan datang. Bentuk, corak dan kemasan dalaman stesen ini memaparkan ciri-ciri interpretasi konteks tema korporat Islamik.
Stesen Cochrane
Kehidupan Bandar:
Stesen Cochrane terletak di satu ruang plaza terbuka yang tidak diapit atau dilangkaui jalan. Pembangunan semula kawasan kediaman dan kemudahan ruang niaga di sekitar stesen memberi konteks kediaman yang lebih lembut bersesuaian dengan bentuk yang bertenaga dan warna harmoni dalam reka bentuk pintu masuk dan ruang dalaman.
Stesen Maluri
Generasi Baru:
Stesen Maluri terletak di tapak yang sedang menjalani pembaharuan bandar dengan begitu pesat yang akan merangkumi generasi baru. Ini mewujudkan peluang untuk menggunakan reka bentuk bandar bersesuaian dengan generasi baru, dengan lebih ringan dan lincah, untuk mencipta satu identiti baru dalam konteks bandar tempatan.