Penembusan Mesin Pengorek Terowong (TBM) yang ke-9 untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) telah dijalankan pada 8 November 2019 di Stesen MRT Ampang Park.
TBM S-1063 telah menggali dari Persilangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke Stesen MRT Ampang Park, dengan jarak 1.9km, selepas pelancaran pada 9 Februari 2019.
Pencapaian ini menandakan kemajuan berterusan bagi keseluruhan pembinaan Laluan SSP iaitu 63.5% pada 31 Oktober 2019.
Kemajuan bagi kerja-kerja terowong untuk tempoh yang sama adalah 61.1% sementara keseluruhan kemajuan kerja-kerja bawah tanah, termasuklah kerja-kerja terowong dan bawah tanah stesen, adalah 66.8%.
Lapan laluan yang telah siap adalah dari Stesen Sentul Barat ke Stesen Titiwangsa, Stesen Titiwangsa ke Stesen HKL, Stesen HKL ke Stesen Kampung Baru Utara, Stesen Kampung Baru Utara ke Stesen Ampang Park, Stesen Chan Sow Lin ke Stesen Bandar Malaysia Utara dan Stesen Bandar Malaysia Utara ke Stesen Bandar Malaysia Selatan. Bahagian-bahagian terowong yang telah siap ini membuahkan14,441m jumlah jarak terowong.
Tiga bahagian terowong yang sedang dijalankan adalah di Stesen Sentul Barat ke Portal Utara, Stesen Conlay ke arah stesen-stesen KLCC Timur dan Ampang Park serta Stesen Chan Sow Lin ke arah Stesen Tun Razak Exchange (TRX).
Di samping itu, terdapat dua bahagian yang belum bermula; dari Stesen Bandar Malaysia Selatan ke Portal Selatan dan Stesen Conlay ke arah Stesen TRX.
Jumlah panjang jarak terowong yang telah digali iaitu jumlah jarak perjalanan TBM termasuk pengorekan dan penarikan menerusi stesen, ialah 23,624m dan kerja-kerja terowong dijangka siap pada Julai 2020.







