KorporatIntegriti & Tadbir Urus

INTEGRITI DAN TADBIR URUS

POLISI ANTI-RASUAH

Polisi Anti-Rasuah MRT Corp bertujuan menyediakan kerangka kerja dalam menetap, mengulas/mengkaji dan mencapai objektif anti-rasuah Syarikat. Polisi ini menggambarkan komitmen Ahli Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan dalam mematuhi tuntutan Standard ISO37001:2016 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (Anti-Bribery Management System)

Polisi Anti-Penipuan dan Rasuah

Bagi mewujudkan amalan tiada toleransi / tolak ansur terhadap penipuan, rasuah serta mewujudkan prosedur-prosedur untuk dipatuhi oleh para pekerja MRT Corp, Kontraktor Serah Kunci (Turnkey Contractor), Kontraktor Pakej Kerja (Work Package Contractor) serta Rakan Perniagaan seandainya disyaki atau dikesan berlakunya amalan penipuan atau rasuah.

Nota: Rakan perniagaan merujuk kepada pembekal, penjual, kontraktor, perunding atau mana-mana pihak yang mempunyai hubungan perniagaan dengan pihak MRT Corp.

Tindakan Yang Mengakibatkan Amalan Penipuan dan Rasuah

Untuk tujuan Polisi ini, penipuan dan rasuah akan merangkumi contoh yang ditetapkan tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

Jenis Salah Laku
Aktiviti Salah Laku
Penyelewengan Aset:
Wang Tunai

  • Mencuri dari tunai runcit (petty cash);

  • Mencuri dari kemasukan wang tunai atau cek.

Pembayaran Palsu

  • Membuat arahan pembayaran palsu;

  • Pemalsuan tandatangan bagi proses pembayaran;

  • Mengemukakan tuntutan perbelanjaan atau pembayaran balik yang palsu.

Penipuan Cek

  • Pencurian cek syarikat atau cek pekerja dalaman;

  • Mengubahsuai penerima/ jumlah bayaran cek syarikat/ cek individu

Penipuan Bukan Tunai:
Aset Tetap

  • Pencurian aset tetap termasuk komputer dan barang-barang berkaitan IT yang lain.

  • Pencurian hak milik atau maklumat sulit.

Perolehan

  • Pemalsuan dokumen bagi tujuan mendapatkan pembayaran.;

  • Penaikan harga invois;

  • Pendedahan maklumat berkaitan kontrak atau sebut harga pembida lain kepada pembida pilihan;

  • Memanipulasi tender atau kemasukan kriteria yang memihak terhadap sesetengah pembekal;

  • Sekatan bayaran kepada pembekal.

Rasuah:
Sogokan

  • Sogokan dari pembekal bagi mendapatkan layanan yang berpihak kepadanya;

  • Layanan yang baik kepada pelanggan diatas sogokan diterima;

  • Harga atau bayaran yang mahal dan tidak setimpal;

  • Membuat kontrak sesuatu projek untuk kepentingan sendiri tanpa sebarang penjelasan.

Kepentingan Peribadi

  • Bersekongkol dengan pelanggan/ pembekal;

  • Menyebelahi pembekal di mana pekerja mempunyai kepentingan kewangan;

  • Pekerja menubuhkan syarikat sendiri untuk keuntungan peribadi.

Pemberian rasuahSogokan ditawarkan secara langsung atau melalui perantara untuk mendapatkan keuntungan komersial dan / atau peribadi.
Pembayaran PemudahanPembayaran yang dibuat kepada pegawai kerajaan untuk memudahkan kelulusan atau mempercepatkan beberapa jenis transaksi atau aktiviti perniagaan.
Penipuan Bukan Kewangan:
Rekod Pekerjaan

  • Pemalsuan dokumen permohonan pekerjaan seperti sijil kelayakan dan keputusan akademik;

  • Pemalsuan surat perubatan.

Penyalahgunaan aset

  • Penyalahgunaan aset syarikat (menyewakan harta / aset syarikat kepada pihak ketiga bagi mendapatkan keuntungan peribadi);

  • Pencurian, kerosakan penyalahgunaan aset syarikat seperti alat tulis, peralatan, kenderaan dan bangunan;

  • Penyalahgunaan sebarang maklumat MRT Corp yang dianggap sulit secara langsung atau tidak langsung kepada sebarang individu atau syarikat bagi kepentingan peribadi atau tanpa kebenaran yang sewajarnya.

Tanggungjawab bagi Tujuan Pengesanan dan Pencegahan Penipuan dan Rasuah

Semua Ketua Jabatan / Bahagian bertanggungjawab untuk:

  • Mengenalpasti sebarang risiko dalaman dan luaran di bahagian mereka beroperasi;
  • Membangun dan mengekalkan kawalan untuk mencegah penipuan dan rasuah;
  • Memastikan warga kerja patuh kepada prosedur sedia ada.

Semua warga kerja MRT Corp bertanggungjawab untuk:

  • Bertindak setiap masa mengikut piawaian integriti tertinggi;
  • Memastikan prosedur sedia ada diikuti untuk mengenalpasti risiko penipuan dan rasuah;
  • Memastikan reputasi MRT Corp dan asetnya dilindungi setiap masa;
  • Melaporkan sebarang penipuan yang disyaki atau kelakuan yang tidak wajar oleh mana-mana individu melalui Polisi Pemberi Maklumat MRT Corp.

Tanggungjawab Kontraktor Serah Kunci, Kontraktor Pakej Kerja, Rakan Perniagaan:

  • Tidak boleh mencuba untuk mendapatkan rasuah atau terlibat dalam amalan rasuah semasa menjalankan perniagaan dengan MRT Corp;
  • Hendaklah segera membuat laporan tindakan tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemberi Maklumat atau kepada Ketua Pegawai Integriti dan Tadbir Urus MRT Corp jika terdapat sebarang permintaan komisen atau rasuah oleh pekerja MRT Corp atau pihak lain.
Tanggungjawab Menjalankan Siasatan
  • Bahagian Integriti dan Tadbir Urus bertanggungjawab untuk mengenalpasti dan menjalankan siasatan terhadap semua suspek amalan penipuan dan rasuah serta lain-lain tindakan yang melanggar polisi dan prosedur MRT Corp;
  • Pegawai Penyiasat akan mendapat akses secara terus dan tanpa had ke semua rekod, fail dan dokumen di dalam skop siasatan;
  • Berdasarkan Polisi Pemberi Maklumat, hasil siasatan hendaklah dilaporkan kepada Jawatankuasa Pemberi Maklumat.
Pelanggaran Polisi

Warga kerja MRT Corp yang melanggar Polisi akan dikenakan tindakan disiplin.

Mana-mana Kontraktor Serah Kunci, Kontraktor Pakej Kerja atau Rakan Perniagaan yang didapati melanggar Polisi berpotensi diberhentikan / ditamatkan berlandaskan terma-terma di dalam Surat Lantikan (Letter of Award) dan / atau kontrak. Bagi mengelakkan keraguan, tindakan ini akan bergantung kepada bukti yang nyata / tepat berdasarkan pengadilan undang-undang.

 

Polisi Tanpa Hadiah

MRT Corp telah menggunapakai Polisi Tanpa Hadiah dan berharap warga kerja MRT Corp, Ahli Lembaga Pengarah dan Rakan Perniagaan supaya mematuhinya.

Rakan Perniagaan atau wakilnya tidak dibenarkan untuk menawar atau memberi sebarang hadiah, layanan baik, hiburan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada warga kerja MRT Corp, Ahli Lembaga Pengarah atau ahli keluarga mereka.

Ahli Lembaga Pengarah dan warga kerja seharusnya tidak menerima sebarang bentuk makanan atau hiburan dalam perniagaan yang boleh dianggap sebagai bertujuan untuk mempengaruhi sesuatu keputusan berkenaan perniagaan oleh MRT Corp. Oleh itu, Ahli Lembaga Pengarah atau warga kerja perlu berhati-hati dan membuat pertimbangan semasa menerima / menyediakan hiburan kepada pihak luar.

Polisi Pemberi Maklumat

Tujuan polisi ini adalah bagi menyediakan pendekatan kepada pihak berkepentingan MRT Corp untuk mendedahkan sebarang kesalahan atau perihal yang tidak sepatutnya berlaku, berdasarkan prosedur di bawah polisi ini. Polisi ini juga turut menyediakan perlindungan terhadap sebarang tuduhan yang dibuat pelapor.

Nota: Pihak berkepentingan merujuk kepada warga kerja, ahli Lembaga Pengarah, para pemegang saham dan rakan perniagaan

Perlindungan daripada Tindak Balas

MRT Corp memberi jaminan kepada Pemberi Maklumat bahawa dia akan dilindungi daripada sebarang tindak balas. Semua aduan yang dilaporkan kepada MRT Corp adalah merupakan maklumat yang sulit. Identiti Pemberi Maklumat tidak akan didedahkan melainkan adalah disaran oleh undang-undang.

Saluran Laporan

Aduan adalah sebaiknya dalam bentuk penulisan, dihantar sendiri melalui penghantaran surat atau emel untuk memastikan pemahaman yang jelas terhadap isu yang dibangkitkan. Laporan terhadap aduan tersebut perlu dimasukkan kedalam sampul yang bertutup sekiranya dihantar secara pos dengan memaparkan perkataan “Sulit dan Persendirian” dan dialamatkan ke:

Pengerusi Jawatankuasa Pemberi Maklumat

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd
Tingkat 5, Menara I&P 1, 46 Jalan Dungun,
50490 Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Atau kepada

Ketua Pegawai Integriti dan Tadbir Urus melalui:

Nombor Telefon

Hubungi 03-20815363
dari Isnin hingga Jumaat
semasa waktu pejabat
(8:30 pagi ke   5:30 petang)

Temujanji

Temujanji di pejabat atau lokasi
yang dipersetujui

E-mel

Emel kepada
integrity@mymrt.com.my

Secara Bertulis

Secara bertulis ke Ketua Pegawai Integriti dan Tadbir Urus, Tingkat 6,
Menara I&P 1, 46, Jalan Dungun,
50490 Bukit Damansara,
Kuala Lumpur.

Akta Perlindugan Pemberi Maklumat 2010

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Polisi ini
dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Akta ini akan diguna pakai.