AwamLaluan Putrajaya

LALUAN PUTRAJAYA

Laluan Putrajaya (sebelum ini dikenali sebagai Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya) merupakan laluan kedua yang dibangunkan bagi Projek KVMRT. Laluan ini akan memberi perkhidmatan kepada penduduk di koridor yang mempunyai lebih kurang 2 juta penduduk bermula dari Kwasa Damansara, sebuah pembangunan bandar baharu di barat laut Kuala Lumpur
dan kawasan pinggiran bandar selatan ke Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia.

Jajaran yang panjangnya 57.7km terdiri daripada landasan bertingkat sepanjang 44.2km dan landasan yang melalui terowong bawah tanah sepanjang 13.5km. Laluan ini mempunyai 36 stesen beroperasi yang terdiri daripada 27 stesen bertingkat dan 9 stesen bawah tanah. Terdapat 4 lagi stesen yang dirancang untuk masa depan.

Laluan ini mempunyai 10 stesen pertukaran dan sambungan untuk memudahkan penumpang yang perlu bertukar dari Laluan Putrajaya ke laluan rel yang sedia ada dan akan datang, termasuklah Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura. Enam belas stesen akan mempunyai kemudahan letak kereta.

Kerajaan telah memberi kelulusan untuk melaksanakan Laluan Putrajaya pada 2014.

Pemeriksaan Awam di bawah Seksyen 84 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 telah dijalankan dari bulan Mei sehingga bulan Ogos 2015 untuk mendapatkan maklum balas dan bantahan dari orang ramai.

Kelulusan terakhir bagi Skim Keretapi Laluan Putrajaya telah diberi oleh Kerajaan pada Oktober 2015, dan ini telah membolehkan pengambilalihan tanah dan proses perolehan dijalankan.

Kemajuan Projek
Laluan Putrajaya
Stesen
Laluan Putrajaya
Peta Transit
Berintegrasi Lembah
Klang

Peta Jajaran

Pada 15 September 2016, majlis pecah tanah yang dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah diadakan di tapak bagi Stesen Putrajaya Sentral, menandakan bermulanya kerja-kerja pembinaan bagi Laluan Putrajaya.

Fasa Pertama dari Stesen  Kwasa Damansara ke Stesen Kampung Batu akan mula beroperasi pada Julai 2021, sementara laluan dari Stesen Kampung Batu ke Stesen Putrajaya Sentral akan mula beroperasi di bawah Fasa Kedua pada Januari 2023.

Apabila Laluan Putrajaya beroperasi sepenuhnya, ia dijangka akan mencatat permulaan penumpang harian yang melebihi 104,000 penumpang semasa pembukaan laluan. Ini akan terus membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kini menghantui Kuala Lumpur.

Video Laluan Putrajaya

Peta Interaktif
Laluan Putrajaya

Baca Lagi

Stesen Laluan
Putrajaya

Baca Lagi

Tren
Laluan Putrajaya

Baca Lagi