April 18, 2018

PERSIDANGAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJA KVMRT 2018

PERSIDANGAN tahunan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSH) Projek Klang Valley Mass Rapid Transit (KVMRT) telah dianjurkan di Pusat Latihan KVMRT, Sungai Buloh pada 17-18 April 2018 sempena Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja Sedunia 2018. Persidangan yang bertemakan ‘Pencegahan Insiden’ ini telah dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) Putrajaya.
April 13, 2018
DEPOH: Pengarah Tempoh Liabiliti Kerosakan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd Encik Tarenjit (Tom) Singh Khella (ketiga dari kanan) mempamerkan kemudahan Depoh MRT Sungai Buloh kepada pelawat dari TRX City Sdn Bhd.

PROJEK BANDAR TRX MELAWAT DEPOH MRT

SEMBILAN individu dari Tun Razak Exchange (TRX) City Sdn Bhd telah melawat Depoh Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh pada 13 April 2018. TRX City merupakan pemaju induk Tun Razak Exchange, pusat kewangan Malaysia yang akan datang.
April 11, 2018

Persidangan Rangkaian Bekalan Kebangsaan Mengenai Projek Rel (PRBK) dan Pesta Kerjaya 2018

Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menyertai Persidangan Rangkaian Bekalan Kebangsaan Mengenai Projek Rel (PRBK) dan Pesta Kerjaya 2018 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 11 – 12 April 2018.
April 4, 2018

Sesi perkongsian ilmu dengan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS)

SEBUAH sesi perkongsian ilmu antara Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) telah berlangsung di Conference Room, Wisma MRT pada 4 April 2018.
April 3, 2018

GRADUAN MYEP II MENERIMA KONTRAK MRT LALUAN SSP

LIMA pakej kerja subkontrak telah dianugerahkan kepada lima syarikat Bumiputera yang telah ditubuhkan di bawah Program Usahawan Muda MRT (MYEP II) pada 3 April 2018.
Mac 24, 2018

KARNIVAL KEMENTERIAN PENGANGKUTAN 2018

ORANG ramai di sekitar Bentong telah diberi peluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang projek MRT apabila Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menyertai Karnival MOT yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pengangkutan pada 24 Mac 2018.
Mac 14, 2018

PELAJAR UNIVERSITY OF READING MELAWAT PROJEK MRT

TIGA puluh empat pelajar dari University of Reading (kampus Malaysia) telah melawat Pusat Informasi MRT, Jalan Sultan Azlan Shah pada 13 Mac 2018.
Mac 2, 2018

KERJA-KERJA PEMBINAAN TEROWONG MRT LALUAN SSP BERMULA

KERJA-KERJA terowong bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) secara rasminya telah bermula pada 1 Mac 2018, apabila Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak melancarkan mesin pengorek terowong (TBM) pertama yang akan digunakan untuk projek ini.
Februari 24, 2018
MAKLUMAT JELAS: Pengurus Perhubungan Awam dan Pihak Berkepentingan Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Puan Fizliyana Hilda (kiri) memberi penerangan mengenai MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) kepada Ketua UMNO Bahagian Kepong Datuk Seri Haji Rizuan Abdul Hamid.

PROGRAM KENDURI 1WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

ORANG awam di kawasan Kepong telah diberi peluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Projek MRT apabila Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menyertai Program Kenduri 1Wilayah Persekutuan Peringkat Kepong 2018 pada 24 Februari 2018