PERSIDANGAN tahunan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSH) Projek Klang Valley Mass Rapid Transit (KVMRT) telah dianjurkan di Pusat Latihan KVMRT, Sungai Buloh pada 17-18 April 2018 sempena Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja Sedunia 2018. Persidangan yang bertemakan ‘Pencegahan Insiden’ ini telah dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) Putrajaya.
Para hadirin persidangan ini terdiri daripada warga kerja Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), DOSH, Jabatan Alam Sekitar (DOE), Kontraktor-Kontraktor Pakej Kerja (WPC) bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) dan MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd yang merupakan Rakan Pelaksana Projek.
Bagi memulakan persidangan, Encik Muzzakir Ab Lafit dari Suruhanjaya Tenaga, telah menyampaikan ceramah tentang Keselamatan Elektrik. Beliau telah menumpukan perhatian kepada Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2015.
Matlamat ceramah ini adalah untuk mempertingkatkan keselamatan para pengguna dan kakitangan industri melalui pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan. Dengan ini, pakar industri menyedari tentang piawaian keselamatan elektrik dan keperluannya.
Penceramah seterusnya ialah Pengarah Bahagian Pembinaan Bangunan DOSH Encik Nazruddin Mat Ali. Nazruddin memulakan ceramahnya dengan menyatakan statistik kemalangan kren menara sedunia. Beliau berkata bahawa peratusan tertinggi kemalangan adalah dari proses pembinaan-pembukaan-pendakian. Kadar peratusan ini adalah sangat tinggi kerana beberapa faktor luaran yang tidak terkawal seperti keadaan cuaca.
Selain daripada itu, beliau berkata bahawa pengendali kren perlu ada kebenaran untuk memasang dan memastikan reka bentuknya memenuhi undang-undang kerana ia penting bagi keselamatan. Keperluan itu perlu disahkan oleh DOSH sebelum kerja-kerja bermula.
Semasa pelancaran, Ketua Kuarters Pekerja, Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar MRT Corp Encik Mohd Yusof Kasiron telah menyampaikan ucapan alu-aluan bagi pihak MRT Corp. Beliau menjelaskan tentang usaha – usaha organisasi itu dalam memastikan piawaian keselamatan dikekalkan pada kadar yang tinggi.
Tetamu khas, Timbalan Ketua Pengarah DOSH Ir Kormain Mohd Noor yang juga merasmikan majlis telah mengucapkan terima kasih kepada pihak MRT Corp bagi jemputan hari ini. Usaha organisasi untuk mempertingkatkan kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah penting dalam memastikan keselamatan di tempat kerja dikendalikan dengan baik. Ini sejajar dengan agenda Kerajaan Malaysia bagi mengurangkan kejadian dan kemalangan di tempat kerja. Usaha seperti ini boleh dilihat sebagai langkah bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020.
Beliau kemudiannya memberikan modul latihan Tower Train Management yang akan digunakan sebagai modul untuk melatih pekerja MRT di tapak pembinaan kepada Yusof.
Penyampaian hadiah untuk beberapa pertandingan yang telah diadakan sebelum Hari OSH turut diadakan. Beberapa pertandingan telah dianjurkan untuk pekerja MRT Corp dan juga pertandingan yang melibatkan PDP dan WPC. Matlamat penganjuran pertandingan-pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang aspek-aspek keselamatan projek.
Selepas makan tengahari, Penganalisis Bahagian Keselamatan Pembinaan Bangunan DOSH Encik Azman Hussain, telah menjelaskan Guidelines of OSH in Construction Industry Management. Garis panduan telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan ia merupakan asas undang-undang pembinaan akan datang. Ini juga akan membolehkan industri untuk mempertingkatkan pencapaian OSH. Sebuah jejambat yang jatuh semasa pembinaan dipaparkan sebagai contoh kepada para hadirin persidangan. Azman menekankan tentang elemen-elemen yang boleh dilakukan untuk belajar dari tragedi tersebut. Di antaranya adalah mengadakan rundingan kerja sentiasa dan melibatkan mereka untuk mempromosikan dan membangunkan langkah-langkah yang berkesan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan diutamakan.
Sebuah topik menarik telah disampaikan oleh Pengurus Unit Penyakit Pekerjaan Jabatan Perubatan and Pemulihan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Dr Edrin Nazri Abdul Rasib tentang Tekanan di Tempat Kerja. Beliau telah memberi contoh situasi tekanan di tempat kerja. Terdapat beberapa faktor yang membabitkan tekanan di tempat kerja seperti tuntutan yang tinggi, peralihan hidup, masa dan kekurangan kawalan. Tips dan nasihat dalam menghadapi tekanan telah diterangkan oleh Edrin.
Menamatkan acara bagi hari pertama Persidangan OSH, Puan Izatul Farrita Mohd Kamar dari Bahagian Pengukuran Kuantiti Universiti Teknologi MARA telah menyampaikan kertas kerja beliau yang bertajuk ‘Development of Safety and Health Costs Model for the Construction of Urban Rail Projects.’ Kajiannya bertujuan untuk mengenal pasti langkah keselamatan dan pencegahan yang penting dalam projek tren. Izatul menggunakan Projek MRT sebagai kajian kes dalam kertasa kerjanya. Beiau berjaya menjalankan kajian terhadap kos langsung yang wujud dalam projek tersebut. Kos langsung boleh dilihat sebagai kos yang wujud dari kemalangan. Kos tidak langsung pula didefinasikan sebagai kos yang tidak termasuk dalam pampasan pekerja.
Memulakan hari kedua persidangan, Pengurus Kualiti dan Kesihatan CIDB Malaysia Puan Mazurah Ismail telah memberikan gambaran keseluruhan Safety and Health Assessment System in Construction (SHASSIC). Projek pembinaan adalah termaktub di dalam Construction Industry Standard CIS 10:2008 yang merupakan sistem penilaian keselamatan dan kesihatan dalam pembinaan. Objektif penilaian ini adalah untuk mempunyai satu standard yang sama untuk penilaian keselamatan dan kesihatan bagi kontraktor dalam industri binaan. Ia juga akan menjadi satu garis panduan bagi kontraktor untuk memastikan keperluan keselamatan dan kesihatan dipatuhi di tapak pembinaan.
Penyampai seterusnya ialah Perunding CIDB Malaysia Encik Mazlan Ismail yang menerangkan tentang sejarah SHASSIC. Sebelum 2007, tiada garis panduan keselamatan untuk memastikan keselamatan projek. Tiada kaedah kuantitatif. Dengan adanya SHASSIC, prestasi kontraktor dalam mengamalkan keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan dapat dinilai. Beliau turut menyatakan bahawa polisi dan garis panduan OSH yang perlu ada untuk mematuhi polisi. Kesedaran pekerja adalah penting untuk memastikan tempat kerja itu selamat di samping mengadakan peringatan seperti notis turut disarankan.
Satu ujiian telah diberikan kepada para hadirin persidangan untuk menguji pengetahuan mereka tentang SHASSIC.
Persidangan yang dianjurkan selama dua hari itu boleh dilihat sebagai satu kejayaan dan semua hadirin diberi sijil penyertaan. Persidangan seperti ini dapat membantu MRT Corp dan pihak berkaitan untuk menyampaikan kepentingan keselamatan dalam sesuatu projek.







