LAPAN puluh delegasi dari Jabatan Juruaudit Sri Lanka telah melawat Ibu Pejabat Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada 13 Julai 2018. Lawatan ini adalah sebahagian daripada program 12-hari yang dianjurkan oleh Jabatan Audit Negara.
ENAM PULUH jurutera dari Institution of Civil Engineers (ICE) Malaysia Chapter telah mempelajari tentang Projek Mass Rapid Transit (MRT) melalui sebuah seminar yang telah dianjurkan pada 29 dan 30 Jun 2018. Turut hadir ialah beberapa pelajar dari Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya.
Cabutan undi pakej kerja Bumiputera yang kesepuluh bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) telah diadakan pada 7 Jun 2018 di Ibu Pejabat Korporat Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).
IFTAR untuk pekerja buruh asing MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang (Laluan SSP) telah dianjurkan oleh Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada 24 Mei 2018.
DUA PULUH DUA kanak-kanak telah melalui masa yang seronok dan berguna di Pusat Informasi MRT Seri Kembangan baru-baru ini. Kanak-kanak riang dan ceria ini adalah pelajar Al-Baghdadi Playtime Centre (APC) yang bertuah kerana dipilih bagi menyertai Hari Ceria Bersama MRT Corp yang keempat pada 4 Mei 2018.
Hari Ceria Bersama MRT Corp yang ketiga anjuran Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bersama rakan pelaksana projek, MMC Gamuda KVMRT Sdn Bhd telah diadakan pada 30 April 2018 di Pusat Informasi MRT, Jalan Sultan Azlan Shah.
INDIVIDU dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjalankan satu pemeriksaan stesen-stesen bawah tanah MRT Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) pada 26 April 2018.
SATU latihan bomba dan penyelamat telah dianjurkan oleh Kontraktor Kerja Bawah Tanah bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP), MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd (MGKT) pada 23 April 2018 di tapak Stesen Bandar Malaysia Utara.