Cabutan undi pakej kerja Bumiputera yang kesepuluh bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) telah diadakan pada 7 Jun 2018 di Ibu Pejabat Korporat Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).
Sepuluh subkontrak pakej kerja berjumlah RM 6.85 juta telah dianugerahkan.
Sebelum ini, sejumlah RM 107.38 juta untuk 81 pakej kerja telah dianugerahkan.
Cabutan undi ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Perhubungan Bumiputera MRT Corp. Antara mereka yang hadir termasuklah ialah Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas ‘F’ Malaysia (PERKOBF Malaysia) Encik Tukiman Radion, Pengurus Besar Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Ir Kamarudin Mohd Salleh, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Encik Zureen Zubir dan Penolong Setiausaha BPKU Puan Zuliza Ibrahim dan Encik Nabil Fikri Aris.
Turut hadir adalah Penolong Naib Presiden Institusi Kewangan/ Institusi Kewangan Pembangunan CGC Malaysia Encik Zaid Jamalluddin dan Eksekutif Kanan Encik Mohd Akhair Abdul Rahman.
Pengurus Besar Pentadbiran dan Perhubungan Bumiputera MRT Corp Encik Zarif Zainul dan Penolong Pengurus Besar Pengurusan Kontrak Encik Hasnul Hashimi Hashim telah mewakili MRT Corp.
Sebelum sesi cabutan undi, semua kontraktor yang terlibat dalam kontrak hendaklah memperolehi lesen CIDB Malaysia sebelum mengambil bahagian dalam proses cabutan undi.
Para kontraktor yang berjaya meraih kontrak akan menerima surat penganugerahan untuk mereka memulakan kerja-kerja yang berkaitan.









