IFTAR untuk pekerja buruh asing MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang (Laluan SSP) telah dianjurkan oleh Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada 24 Mei 2018.
Bertempat di Kuarters Pekerja (CLQ) Ahmad Zaki Sdn Bhd di Sungai Buloh, majils berbuka puasa ini (iftar) telah dihadiri oleh Pengarah Pematuhan dan Piawaian MRT Corp Encik Mohd Yusof Kasiron dan Pengurus Besar CLQ MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd (R) Dr Mohd Fuad Omar.
Para pekerja asing yang hadir adalah dari Pakej Kontraktor Kerja (WPC) V201, V202 dan V203. Pakej Kontraktor Kerja tersebut dikendalikan oleh Sunway Construction Sdn Bhd, AZSB dan IJM Corporation Berhad.
Iftar ini telah dihadiri oleh lebih daripada 120 pekerja yang bergembira dengan juadah yang telah dihidangkan.
Iftar ini merupakan salah satu cara MRT Corp dan rakan kongsi mereka berterima kasih kepada para pekerja yang perlu menghadapi bulan puasa ini, jauh dari orang tersayang.







