Hari Ceria Bersama MRT Corp yang ketiga anjuran Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bersama rakan pelaksana projek, MMC Gamuda KVMRT Sdn Bhd telah diadakan pada 30 April 2018 di Pusat Informasi MRT, Jalan Sultan Azlan Shah.
Seramai 28 kanak – kanak dari Yayasan Chow Kit Road (YCK), berumur dari 9 hingga 12 tahun telah menyertai acara ini.
Objektif acara ini diadakan adalah untuk mendidik dan memupuk semangat komuniti di sekitar kawasan Sungai Buloh – Serdang berkenaan dengan projek MRT yang terbaharu.
Acara ini bermula dengan pertandingan mewarna dan para peserta diberikan masa selama 45 minit untuk mereka selesai mewarna lakaran tren yang digunakan untuk laluan SSP dan tiga hasil mewarna yang terbaik akan dipilih sebagai pemenang.
Aktiviti diteruskan dengan kanak – kanak YCK turut menyertai pertandingan susun suai gambar. Mereka diminta menyusun semula gambar lakaran tren MRT dan kumpulan tiga terpantas akan dipilih sebagai pemenang.
Para pemenang pertandingan mewarna adalah :-
Pertama – Bilal Ahmad
Kedua – Faridah Abdul Shukur
Ketiga – Shahida Muhammad Shadik
Pemenang – pemenang pertandingan susun suai gambar adalah : –
Pertama – Supergirl (Marissa Nurul Janna Bin Abd Rashid, Chuchia Achira, Siti Jihadah Binti Abdullah)
Kedua – Three Heroes (Muhammad Feroz Bin Said Alam, Mhd Surya Fahjal, Muhammad Khizar Hayat)
Ketiga – TFF Girls (Mariyam Adawiyah, Chhuan Chan Thina, Faridah Abdul Shukur)
Kesemua pemenang telah menerima barang persendirian bernilai RM 100, sijil penyertaan dan hasil mewarna lakaran tren SSP serta bingkai dari IKEA sebagai tanda kenangan buat mereka.
Program Eksekutif YCK, Encik Jamil Ishak berkata “Kanak – kanak YCK sangat gembira dan teruja dengan lawatan mereka di Pusat Informasi MRT kerana mereka jarang dipanggil bagi menyertai lawatan bersama pihak luar. Untuk masa yang akan datang, saya berharap untuk berkolaborasi bersama MRT Corp bagi memastikan perkembangan yang positif bagi kanak – kanak YCK.”











