SATU latihan bomba dan penyelamat telah dianjurkan oleh Kontraktor Kerja Bawah Tanah bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP), MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd (MGKT) pada 23 April 2018 di tapak Stesen Bandar Malaysia Utara.
Pihak media telah dijemput untuk menyaksikan acara ini.
Latihan ini meliputi sebuah demonstrasi tentang bagaimana operasi menyelamat dijalankan berikutan satu “Kemalangan Jalan raya Serius” yang melibatkan dua kenderaan dengan beberapa orang terperangkap dalam kenderaan tersebut.
Objektif acara ini adalah untuk mempamerkan aktiviti aktiviti signifikan pasukan Bomba dan Penyelamat MGKT serta komposisinya sambil mendemonstrasikan keupayaan pasukan dalam menjalankan operasi menyelamat sambil memberi perhatian kepada perubatan.
Pengarah Projek MGKT Encik Satpal Bhogal memulakan acara dengan menjelaskan bahawa MGKT amat mementingkan keselamatan, selari dengan nilai-nilai Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) sebagai Pemilik Projek.
Oleh kerana insiden yang berlaku di bawah tanah mempunyai tahap bahaya yang lebih tinggi berbanding insiden di bahagian bertingkat, MGKT perlu menggunakan proses mengenal pasti secara proaktif, menilai risiko yang berkaitan dan melaksanakan langkah kawalan risiko yang jelas dan berkesan.
Pasukan Tindak Balas Kecemasan juga merupakan salah satu langkah proaktif yang sejajar dengan Manifesto Keselamatan dan Kesihatan MGKT.
Ketua Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar MGKT Encik Christopher Felton kemudiannya menjelaskan bahawa tumpuan latihan pada hari itu tidak tertumpu kepada langkah-langkah pencegahan tetapi lebih kepada kemampuan untuk menangani keadaan kecemasan yang berlaku.
Beliau terus menjelaskan bahawa anggota keselamatan yang bertugas semasa kebakaran adalah sama dengan mereka yang telah ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Peralatan khas telah direka khusus sesuai dengan situasi yang perlu ditangani semasa di bawah tanah.
Latihan itu dilihat sebagai satu kejayaan apabila pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan ‘mangsa’ dalam had masa pelarasan di bawah 20 minit.











