DUA PULUH DUA kanak-kanak telah melalui masa yang seronok dan berguna di Pusat Informasi MRT Seri Kembangan baru-baru ini.
Kanak-kanak riang dan ceria ini adalah pelajar Al-Baghdadi Playtime Centre (APC) yang bertuah kerana dipilih bagi menyertai Hari Ceria Bersama MRT Corp yang keempat pada 4 Mei 2018.
Dianjurkan oleh Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bersama rakan pelaksana projek MMC-Gamuda KVMRT Sdn Bhd, Hari Ceria diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan mendapatkan sokongan pihak komuniti di sepanjang jajaran projek MRT, terutamanya para cikgu dan ibu bapa.
Sekolah APC yang terletak di Seri Kembangan, merupakan sebuah program prasekolah berasaskan ajaran Al-Quran yang dirangka untuk pendidikan Islam semasa.
22 kanak-kanak berumur 9 tahun ini, telah ditemani oleh empat guru mereka dan memulakan aktiviti dengan pertandingan mewarna.
Para peserta diberikan masa selama 45 minit untuk menyelesaikan tugasan mewarna gambar lakaran tren yang digunakan untuk laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya di mana tiga hasil terbaik akan dipilih sebagai pemenang.
Pertandingan susun suai gambar menyusul kemudian di mana kanak-kanak ini dibahagikan kepada tiga sekumpulan.
Mereka ditugaskan untuk menyusun suai gambar lakaran stesen MRT.
Senarai nama-nama pemenang adalah seperti berikut:-
Pertandingan Mewarna
Pertama – Aliah Maisarah Binti Mohd Zakir
Kedua – Muhd Shafiy Naufal Bin Shahrul Hazman
Ketiga – Muhammad Syahir Rahimie Bin Shahrudin
Pertandingan Susun Suai Gambar
Pertama – Muhammad Hariz Ikhwan Bin Ya’akob, Muhammad Syahir Rahimie Bin Shahrudin and Umar Adeeb Bin Azaruddin
Kedua – Aufa Safiyyah Binti Lokmin Al – Hafiz, Nur Khairunnisa Khaliqa Binti Abdul Khaliq, Nur Adlina Wafiyyah Binti Saiful Azrin and Rana Syakira Utami Binti Mulya Andhika Putra
Ketiga – Luqmanul Hakim Bin Rozai, Muhd Shafiy Naufal Bin Shahrul Hazman and Muhammad Ziaulhaq Bin Abdul Mubin
Untuk usaha mereka, kanak-kanak ini telah menerima permainan pendidikan yang bernilai RM60 ke RM100, sijil, hamper bernilai RM50 ke RM80 di samping mendapat kembali hasil mewarna mereka di dalam bingkai IKEA.
Seorang guru APC, Mas Liyana Roslan berkata “Pada masa hadapan, saya ingin menggalakkan pihak MRT Corp untuk mengadakan lebih banyak aktiviti seperti ini dengan pihak kami. Objektifnya ialah untuk memupuk pemahaman dan kesedaran yang lebih baik bagi kanak-kanak ini tentang pengangkutan awam seperti MRT.”









