Sebanyak tiga subkontrak untuk pembinaan MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) bernilai RM591,000 telah dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera G1 semasa Undian Bumiputera MRT Laluan SSP yang ke-21.
Diadakan pada 26 Jun 2019 di Ibu Pejabat Korporat MRT Corp di Bukit Damansara, acara cabutan undian dihadiri oleh wakil-wakil dari Unit Peneraju Ekonomi Bumiputera, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia dan Bahagian Perancangan Korporat Kementerian Kerja Raya.
Subkontrak pertama untuk Kerja Menanda Jalan di Stesen Sri Delima telah dianugerahkan kepada Nakisyaz Enterprise, dengan kontrak bernilai RM196,232.27.
Mior Trading telah dianugerahkan subkontrak kedua dalam sesi undian tersebut, untuk Kerja Menanda Jalan dari KM15 + 045.000 ke KM16 + 800.00 (Bahagian 1). Kontrak itu bernilai RM197,638.88.
Subkontrak terakhir kali ini dianugerahkan kepada Siku Timrang Enterprise untuk Kerja Menanda Jalan dari KM18 + 600.000 ke KM19 + 500.00 (Bahagian 3), dengan kontrak bernilai RM196,861.05.





