Lapan delegasi dari Petroliam Nasional Berhad (Petronas) hadir ke Ibu Pejabat Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada 26 Jun 2019 untuk sesi perkongsian ilmu tentang perolehan dan pengurusan kontrak.
Pengurus Pengurusan Keupayaan, Penyerahan Projek dan Teknologi Petronas, Puan Amy Azlina Yusof mengetuai delegasi tersebut yang terdiri daripada warga kerja dari Kumpulan Pengurusan Keupayaan Teknologi dan Kumpulan Perolehan.
Sesi tersebut bermula dengan ucapan alu-aluan dari Ketua Pengurusan Kontrak MRT Corp, Sr. Azita Mohamed Tahir yang kemudiannya diikuti dengan pengenalan delegasi dari Petronas.
Ketua Perolehan MRT Corp, Encik Hasnul Alfian Harun kemudiannya menyertai Sr Azita dalam menyampaikan maklumat tentang pengurusan perolehan: strategi dan proses, yang termasuk aliran dan kaedah.
Mereka meneruskan perkongsian dengan amalan terbaik dalam pengurusan kontrak; prosedur kawalan pertukaran, proses “Penyataan Tiada Bantahan” dan proses “Cadangan Pengoptimuman TKC”. Pertikaian kontrak dan pengajaran yang telah dipelajari dari Laluan Sungai Buloh-Kajang untuk peningkatan bagi Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya serta cabaran dalam penukaran ke “TKC” juga dibentangkan. Informasi terakhir yang dikongsi ialah “Program Kerjasama Industri”.
Penyampaian diakhiri dengan sesi soal jawab di mana para delegasi juga berkongsi pendapat dan pengajaran yang telah dipelajari daripada pengalaman mereka.
Puan Amy kemudiannya menyampaikan token penghargaan kepada MRT Corp dan diikuti dengan gambar berkumpulan, bagi mengakhiri sesi perkongsian ini.









