Edisi ke-20 Undian Bumiputera untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) telah diadakan pada 23 Mei 2019 di ibu pejabat Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).
Sebanyak 11 subkontrak untuk pembinaan Laluan SSP bernilai RM 11, 937, 955 juta telah dianugerahkan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera.
Sesi undian ini tleah dianjurkan untuk menganugerahkan kerja-kerja yang telah diperuntukkan untuk kontraktor-kontraktor Bumiputera dari Gred G1 hingga G4 di bawah Construction Industry Development Board seperti berikut:
- Lima subkontrak bernilai RM 813,498.00 diperuntukkan untuk syarikat G1
- Dua subkontrak bernilai RM 1,486,434.00 diperuntukkan untuk syarikat G3
- Empat subkontrak bernilai RM 9,638,022.00 diperuntukkan untuk syarikat G4
Antara pemenang dan pakej mereka ialah Mersik Enterprise untuk bekalan dan pemasangan dinding adang besi sementara bagi stesen separa tenggelam Jalan Ipoh, Rin D&C Ceramics bagi pembinaan dan penyiapan turapan laluan pejalan kaki, bendul jalan dan kerja-kerja berkaitan di Stesen Sri Delima serta Skri Resources yang akan membina dan menyiapkan penghadang konkrit.





