September 8, 2014
Pengarah Stesen Bawah Tanah MRT Corp Encik Keith Allenby (vest kuning) bersama Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Encik Mohd Nur Kamal (kiri) dan Ketua Pegawai Pembangunan SPAD Encik Azmi Abdul Aziz (kedua dari kiri) di ruang legar stesen.

AHLI SURUHANJAYA DAN PENGURUSAN SPAD MELAWAT PROJEK MRT

DELEGASI daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), diketuai Pengerusi Tan Sri Syed Hamid Albar, telah melawat beberapa tapak pembinaan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang pada 8 September 2014.
Ogos 16, 2014
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar Abdul Hamid (kelima dari kanan) bersama barisan pengurusan kanan MRT Corp.

SAMBUTAN HARI RAYA YANG SEDERHANA TAPI PENUH MAKNA

BERLATAR belakangkan irama lagu Hari Raya dan tetamu yang mengenakan pakaian baju kurung dan baju melayu berwarna-warni, suasana ceria Hari Raya dapat dirasai oleh semua di Majlis Rumah Terbuka Mass Rapid Transit Sdn Bhd (MRT Corp) pada Sabtu, 16 Ogos 2014.
Julai 7, 2014
Para pelajar SJK (C) Jalan Davidson di dalam dewan untuk menghadiri majlis penyerahan model tren MRT.

SJK (C) JALAN DAVIDSON MENERIMA MODEL TREN MRT KEDUA

Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menyerahkan sebuah model tren MRT kepada SJK (C) Jalan Davidson dalam satu majlis yang dilangsungkan pada 7 Julai 2014 dalam usaha mempromosikan Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.
Julai 3, 2014
Pelajar bersedia untuk mendengar ucapan oleh Guru Besar Puan Khatijah Yusof (duduk, tiga dari kiri) and Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp, Encik Amir Mahmood Razak (duduk, tiga dari kanan).

SRK & SMK CONVENT KAJANG DIBERI MODEL TREN MRT

Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menyerahkan sebuah model tren MRT kepada SRK dan SMK Convent Kajang sebagai usaha untuk mempromosikan Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang di kalangan pelajar yang menuntut di sekolah di sepanjang laluan MRT.
Jun 21, 2014
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sedang mendaftar masuk.

PESERTA EVP MRT CORP MEMBERI DEWAN KOMUNITI TAMAN SHAHJAYA WAJAH BARU

SUKARELAWAN dari Program Sukarelawan Kakitangan (EVP) Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) turun padang sekali lagi, kali ini untuk aktiviti mengecat Dewan Komuniti Taman Shahjaya yang terletak di Cheras pada 21Jun 2014 yang lalu.
Jun 14, 2014
Peserta Program EVP mendengar taklimat sebelum memulakan kerja mengecat.

SURAU MENDAPAT CAT BARU HASIL PROGRAM SUKARELAWAN KAKITANGAN MRT CORP

SURAU As-Salam di Kampung Selamat, Sungai Buloh telah berwajah baru setelah menerima kedatangan kakitangan dari MRT Corp, MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd (MMC Gamuda) dan Syarikat Muhibbah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd (SMPP) serta subkontraktor pada pagi 14 Jun 2014 untuk menjalankan aktiviti mengecat semula bangunan surau tersebut.
Jun 7, 2014
More than 80 volunteers took part including family and friends of MRT Corp, MMC-Gamuda and TSR Bina employees along with local residents, in a bid to clean-up and beautify Kg Masjid.

KAKITANGAN MRT CORP BERSIHKAN KAMPUNG MASJID BAWAH PROGRAM SUKARELAWAN KAKITANGAN MRT PERTAMA

PROGRAM Sukarelawan Kakitangan MRT yang pertama kalinya telah berjaya diadakan pada 7 Jun 2014. Aktiviti hari itu melibatkan kira-kira 80 orang kakitangan daripada Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd (MMC Gamuda) dan TSR Bina Sdn Bhd bagi membersihkan kawasan sekitar Kampung Masjid yang terletak di Sungai Buloh, Selangor.
April 24, 2014
Penembusan yang pertama di Portal Maluri oleh Mesin Pengorek Terowong Maluri 1 pada 8 April 2014.

TEROWONG MRT DI BAHAGIAN SELATAN TELAH SIAP DIBINA

PROJEK MRT Lembah Klang telah mencapai satu lagi detik bersejarah apabila penembusan mesin pengorek terowong (TBM) Maluri 2 berjaya dilakukan di Portal Maluri, Cheras, pada 24 April 2014.
April 10, 2014
Dari kiri: Ketua Pengarah Eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar Abdul Hamid dan Ketua Pengarah EksekutifPUNB En Dzulkifli Fadzilah sedang menyampaikan sijil penyertaan kepada graduasi program,Encik Muhammad Yunus Sulaiman

14 PESERTA TAMAT PROGRAM USAHAWAN MUDA PROJEK MRT

PESERTA-PESERTA pertama Program Usahawan Muda Projek MRT telah menamatkan latihan bagi memupuk kemahiran yang diperlukan untuk menjadi kontraktor dalam industri pembinaan.