September 5, 2015
PARA PEMENANG: Sesi bergambar bersama semua pemenang mengambil 'selfie' bersama Mini iPad masing-masing.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN #MRTSSPLINE ‘TAKE A SELFIE’ YANG PENUH DENGAN KEGEMBIRAAN

SUASANA yang meriah dan penuh dengan kegembiraan dialami oleh pemenang-pemenang pertandingan “Get on Board with #MRTSSPLINE ‘Take a Selfie’ semasa mereka berkumpul untuk majlis penyampaian hadiah pada hari Sabtu, 5 September 2015 di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.
Julai 13, 2015
PARA PENANDATANGAN : Ketua Pegawai Eksekutif Dato' Sri Shahril Mokhtar (tengah) bersama Pengarah-pengarah MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd Dato' Sri Che Khalib Mohamad Noh (kiri) dan Dato' Paul Ha (kanan).

PERJANJIAN RAKAN PELAKSANA PROJEK LALUAN SSP DITANDATANGANI

MAJLIS tandatangan untuk melantik MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) sebagai Rakan Pelaksana Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) telah berlangsung pada 13 Julai 2015.
Julai 4, 2015
BARISAN PANJANG: Peserta 50 Teratas sedang beratur untuk pendaftaran.

ACARA PENYAMPAIAN HADIAH PERADUAN GET ON BOARD #MRTSSPLINE PUSINGAN KEDUA

PERADUAN Get On Board #MRTSSPLINE Pusingan Kedua sampai di penghujungnya pada hari Sabtu, 4 Julai 2015, apabila Acara Penyampaian Hadiah berlangsung di Avenue K Shopping Mall.
Jun 30, 2015
SELAMAT DATANG: Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam Encik Mahmood Abdul Razak menyampaikan kata-kata aluan.

IFTAR BERSAMA MEDIA

Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd telah menjayakan sebuah majlis iftar bersama media pada 30 Jun 2015 di Hotel Aloft, KL Sentral, Kuala Lumpur.
Mei 15, 2015
Pandangan gerai pameran Quill City Mall.

PEMERIKSAAN AWAM MRT LALUAN SSP BERMULA

PEMERIKSAAN Awam untuk MRT Laluan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya (Laluan SSP) telah bermula pada 15 Mei 2015 di mana gerai pameran yang memaparkan maklumat berkenaan laluan MRT yang terbaru dibuka di pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Majlis Perbandaran Sepang pada hari itu.
Mei 11, 2015
Gambar berkumpulan kontraktor-kontraktor yang berjaya.

27 KONTRAK DIANUGERAHKAN KEPADA KONTRAKTOR BUMIPUTERA

SEBANYAK 27 kontrak bernilai RM13 juta telah dianugerahkan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera dalam sebuah majlis undian yang dianjurkan oleh Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada 11 Mei 2015.
April 21, 2015
Gambar terowong yang telah diisi dengan tren olok-olok untuk majlis ini.

MAJLIS PENGHABISAN KERJA-KERJA TEROWONG DIHADIRI DATUK BANDAR KL

PADA 21 April 2015, Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah mengadakan majlis untuk penghabisan kerja-kerja terowong untuk Laluan Klang Valley MRT Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) di Stesen MRT Pasar Seni.
April 8, 2015
MENGETUAI JALAN : Pengarah Stesen Bawah Tanah MRT Corp Encik Keith Allenby menunjukkan jalan kepada para delegasi.

NAIB PRESIDEN BOTSWANA MELAWAT PROJEK KVMRT

PROJEK MRT Klang Valley menerima kunjungan Naib Presiden Republik Botswana Encik Mokgweetsi Masisi, di tapak Stesen MRT Cochrane pada hari Rabu, 8 April 2015.
Mac 3, 2015
Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak dengan (dari kiri) Pengarah Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang Encik Marcus Karakashian Pengerusi SPAD Tan Sri Dato' Sri Syed Hamid Albar, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Dato' Sri Shahril Mokhtar, Pengerusi MRT Corp Tan Sri Dr Ali Hamsa, dan Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Ahmad Maslan semasa delegasi menuju ke dek pemerhatian.

PM DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK MELAWAT STESEN TRX

PERDANA Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak telah melawat tapak pembinaan Projek MRT di Stesen Tun Razak Exchange (TRX) pada hari Selasa, 3 Mac 2015. Lawatan ini merupakan lawatan yang ketiga oleh Perdana Menteri. Minat Perdana Menteri terhadap Projek MRT mempamerkan komitmen beliau dalam memastikan Projek tersebut berada di tahap kemajuan yang dikehendaki untuk membolehkannya beroperasi sepenuhnya menjelang Julai 2017.