MAJLIS tandatangan untuk melantik MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) sebagai Rakan Pelaksana Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) telah berlangsung pada 13 Julai 2015.
Ketua Pegawai Eksekutif Dato’ Sri Shahril Mokhtar menandatangani bagi pihak MRT Corp manakala Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Berhad Dato’ Sri Che Khalib Mohamad Noh dan Pengarah Eksekutif Gamuda Berhad Dato’ Ir Paul Ha, menandatangani bagi pihak PDP.
Kedua-dua Che Khalib dan Ha adalah Pengarah MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd.
Turut hadir di majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Korporat MRT Corp adalah Pengarah Projek Laluan SSP Encik Amiruddin Maaris yang telah menjadi saksi, Ketua Pegawai Kewangan Encik Mohd Hairul Abdul Hamid, dan Pengarah Eksekutif Gamuda Bhd Dato’ Azmi Mat Nor.
Shahril berkata penandatangan perjanjian PDP ini adalah sebuah peristiwa bersejarah untuk perkembangan Laluan SSP, yang merupakan laluan kedua untuk Projek MRT Lembah Klang.
“Saya amat gembira kami akhirnya dapat menamatkan rundingan dan memeteraikan Perjanjian PDP ini.”
“MRT Corp dan MMC Gamuda telah pun menjalin perhubungan yang baik selepas berkerjasama di dalam Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang Line (Laluan SBK). Saya gembira kita akan terus berkerjasama untuk melaksanakan Laluan SSP bagi rakyat,” Shahril berkata.
Shahril juga memaklumkan bahawa terma-terma perjanjian telah dipersetujui oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara.
Di bawah perjanjian tersebut, MMC Gamuda sebagai PDP, akan bertanggungjawab untuk melaksanakan Laluan SSP berdasarkan kos sasaran dan tarikh siap yang dipersetujui.
Selain daripada dua Petunjuk Prestasti Utama (KPI) yang serupa untuk MRT Laluan SBK seperti di atas, empat lagu KPI telah ditambah dalam Perjanjian PDP terbaru ini.
KPI tambahan ini adalah memastikan pematuhan kepada keperluan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran; pematuhan terhadap piawaian kualiti yang dipersetujui; respons pantas terhadap aduan orang awam dan pelaksanaan pengurusan pihak berkepentingan.
“Saya boleh lihat yang Perjanjian PDP untuk Laluan SSP ini adalah lebih terperinci dan terdapat penambahbaikkan daripada Laluan SBK. Kedua-dua pihak telah banyak belajar dari Laluan SBK dan saya gembira pengajaran ini telah dimanfaatkan untuk Perjanjian baru ini.









