PERADUAN Get On Board #MRTSSPLINE Pusingan Kedua sampai di penghujungnya pada hari Sabtu, 4 Julai 2015, apabila Acara Penyampaian Hadiah berlangsung di Avenue K Shopping Mall.
Peraduan ini telah dijalankan menerusi laman Facebook Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan mengandungi dua pusingan. Pusingan Pertama berlangsung dari 5 Mei 2015 hingga 17 Mei 2015 manakala Pusingan Kedua bermula pada 8 Jun 2015 dan berakhir pada 30 Jun 2015.
Peraduan ini bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai Pemeriksaan Awam Laluan MRT SSP dan menggalakkan orang awam untuk melawat gerai-gerai Jerayawara Pemeriksaan Awam.
Acara Penyampaian Hadiah bermula dengan pendaftaran 50 Teratas peraduan. Peserta 50 Teratas ini merangkumi mereka yang telah berjaya memperolehi perkongsian dan ‘like’ yang terbanyak untuk ‘post’ penyertaan peraduan ini.
Selepas pendaftaran di Acara Penyampaian Hadiah, mereka perlu menjawap tiga soalan berkenaan Laluan MRT SSP. Limabelas peserta pertama yang berjaya menjawap kesemua soalan dengan betul boleh maju ke peringkat “Destination: Rewards” di mana mereka perlu memutarkan papan menggunakan iPad untuk memenangi hadiah.
Para pemenang adalah seperti berikut:
- Encik Hasnul Izzat : iPhone 6
- Mr Robin Ong Shall Chung : Samsung Galaxy S6
- Ms Divya Nair Gopalan : iPad Mini
- Encik Muhamad Firdaus Mohamad Kamal : Nescafe Dolce Gusto Piccolo Capsule
- Mr Soo Wei Siong : Garmin Vivosmart
- Mr Thiruchelvam Rajagopal : Jabra EasyGo Bluetooth Headset
- Mr Chelvam Rengasamy : PINENG Powerbank
- Ms Hanujah Mageswaran : PINENG Powerbank
- Mr Ng Ming Ching : PINENG Powerbank
- Ms Ong Bee Jim : PINENG Powerbank
- Ms Usha Ramani : PINENG Powerbank
- Mr Chong Kok Wai : RM200 Parkson Voucher
- Encik Engku Zulkifli Engku Ibrahim : RM200 Parkson Voucher
- Encik Mohd Fahmi Mohd Mokhtar : RM200 Parkson Voucher
- Encik Mohammad Salman Bacaraman Sanayon : RM200 Parkson Voucher
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp Encik Mahmood Abdul Razak.
Aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan semasa Acara Penyampaian Hadiah termasuk taklimat mengenai Laluan MRT SSP oleh Encik Mahmood, peraduan mewarna untuk kanak-kanak, ukiran belon (balloon sculpting), lukisan muka dan penampilan badut-badut.













