ProjectsPengumuman Trafik

Pengumuman Trafik

PENUTUPAN LORONG SECARA BERPERINGKAT DAN BERKALA DI JALAN WONG AH FOOK, JOHOR BAHRU
21 Oct
2025
6 Nov
2025

Waktu Aktiviti
10.00 malam - 5.30 pagi

Penerangan

Untuk makluman, penutupan lorong secara berperingkat dan berkala di Jalan Wong Ah Fook akan dilaksanakan dari 21 Oktober 2025 hingga 6 November 2025. Tempoh masa kerja-kerja adalah dari jam 10.00 malam hingga 5.30 pagi, selama dua (2) minggu dan dua (2) hari.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera, kerja-kerja pengalihan utiliti, kerja-kerja pemasangan lampu isyarat sementara dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link.


PENUTUPAN PENUH SECARA BERKALA DI JALAN SALLEH, JOHOR BAHRU
12 Oct
2025
31 Jan
2026

Waktu Aktiviti
9.00 pagi - 6.00 pagi (kecuali luar waktu kemuncak)

Penerangan

Untuk makluman, penutupan penuh secara berkala di Jalan Salleh, Johor Bahru akan dilaksanakan dari 12 Oktober 2025 hingga 31 Januari 2026. Tempoh masa kerja-kerja adalah dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, 2.00 petang hingga 5.00 petang dan 10.00 malam hingga 6.00 pagi, selama tiga (3) bulan dan sembilan belas (19) hari.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera, kerja-kerja pembinaan dinding diafragma dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link.


PENUTUPAN PENUH SECARA BERKALA DI JALAN GEREJA, JALAN NGEE HENG, DAN JALAN TRUS, JOHOR BAHRU
15 Oct
2025
30 Oct
2025

Waktu Aktiviti
10.00 malam - 5.30 pagi

Penerangan

Untuk makluman, penutupan penuh secara berkala di Jalan Gereja, Jalan Ngee Heng dan Jalan Trus, Johor Bahru akan dilaksanakan dari 15 Oktober 2025 hingga 30 Oktober 2025. Tempoh masa kerja adalah 10.00 malam hingga 5.30 pagi, selama dua (2) minggu.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera pembinaan, kerja-kerja pelancaran,
dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link.


PENUTUPAN PUSINGAN “U” DI JALAN TENGKU AZIZAH, JOHOR BAHRU (BERHAMPIRAN JB SENTRAL)
17 Sep
2025
31 Jan
2026

Waktu Aktiviti
24 jam

Penerangan

Untuk makluman, penutupan pusingan “U” di Jalan Tengku Azizah, Johor Bahru (berhampiran JB Sentral) akan dilaksanakan bermula 17 September 2025 hingga 31 Januari 2026. Tempoh masa kerja adalah selama 24 jam sehari bagi tempoh empat (4) bulan dan empat belas (14) hari.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja berkaitan pembinaan tempat letak kenderaan bertingkat bagi projek RTS Link.


PENUTUPAN PENUH SECARA BERKALA DI JALAN GEREJA, JOHOR BAHRU
22 Sep
2025
10 Oct
2025

Waktu Aktiviti
10.00 malam - 5.30 pagi

Penerangan

Untuk makluman, penutupan penuh secara berkala di Jalan Gereja akan dilaksanakan dari 22 September 2025 hingga 10 Oktober 2025. Tempoh masa kerja adalah 10.00 malam hingga 5.30 pagi, selama lapan belas (18) hari.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera pembinaan, kerja-kerja konkrit, dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link.


LANJUTAN PENUTUPAN LORONG KIRI SECARA BERKALA DI JALAN TUN ABDUL RAZAK, JOHOR BAHRU (ARAH PUSAT BANDAR)
18 Sep
2025
18 Oct
2025

Waktu Aktiviti
10.00 malam - 5.30 pagi

Penerangan

Untuk makluman, penutupan lorong kiri secara berkala di Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru (arah Pusat Bandar akan dilanjutkan dari 18 September 2025 hingga 18 Oktober 2025. Tempoh masa kerja-kerja adalah dari jam 10.00 malam hingga 5.30 pagi, selama satu (1) bulan.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera, kerja-kerja berkaitan crosshead
portal, kerja-kerja pemasangan acuan, kerja-kerja konkrit serta kerja-kerja berkaitan projek RTS Link


PENYUSUNAN SEMULA JALAN DI JALAN TUN ABDUL RAZAK, JOHOR BAHRU (ARAH PUSAT BANDAR)
12 Sep
2025
12 Jan
2026

Waktu Aktiviti
24 jM

Penerangan

Untuk makluman, penyusunan semula jalan di Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru (arah Pusat Bandar) akan dilaksanakan dari 12 September 2025 hingga 12 Januari 2026. Tempoh masa penyusunan semula jalan adalah 24 jam, selama empat (4) bulan.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera, kerja-kerja tukup cerucuk, kerja kerja pembinaan tiang serta kerja-kerja berkaitan projek RTS Link


LANJUTAN PENGAKTIFAN JALAN SEHALA DI JALAN SALLEH, KIM TENG PARK, JOHOR BAHRU
14 Aug
2025
31 Jan
2026

Waktu Aktiviti
24 jam

Penerangan

Untuk makluman, pengaktifan jalan sehala di Jalan Salleh, Kim Teng Park, Johor Bahru akan dilanjutkan bermula dari 14 Ogos 2025 sehingga 30 April 2026. Tempoh masa kerja adalah 24 jam, selama lima (5) bulan dan tujuh belas (17) hari.

Aktiviti

Bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan dinding diafragma serta kerja-kerja berkaitan pembinaan tempat letak kenderaan bertingkat bagi projek RTS Link


PENUTUPAN LORONG SECARA BERKALA DAN BERPERINGKAT DI KM0.75 TAMBAK JOHOR (KEDUA-DUA ARAH)
28 Jul
2025
12 Aug
2025

Waktu Aktiviti
8.00 malam – 3.00 pagi (arah Woodlands, Singapura) | 10.00 malam – 5.00 pagi (arah Johor Bahru, Malaysia)

Penerangan

Untuk makluman, penutupan lorong secara berkala dan berperingkat di KM0.75 Tambak Johor (keduadua arah) akan dilaksanakan dari 28 Julai 2025 hingga 12 Ogos 2025. Tempoh masa kerja adalah dari jam 8.00 malam hingga 3.00 pagi (arah Woodlands, Singapura) dan dari jam 10.00 malam hingga 5.00 pagi (arah Johor Bahru, Malaysia) selama 16 hari.

Aktiviti

Bagi memudahkan pelaksanaan kerja-kerja pembaikan jalan