ProjectsPengumuman Trafik

Pengumuman Trafik

LANJUTAN PENUTUPAN LORONG KIRI DI JALAN TEBRAU, JOHOR BAHRU (ARAH SKUDAI/SENAI)
13 Jun
2025
15 Aug
2025

Waktu Aktiviti
24 jam

Penerangan

Untuk makluman, lanjutan penutupan lorong kiri di Jalan Tebrau, Johor Bahru (arah Skudai/Senai) akan dilaksanakan dari 13 Jun 2025 hingga 15 Ogos 2025. Tempoh masa kerja adalah 24 jam sehari, selama 63 hari.

Aktiviti

Untuk memudahkan kerja pemasangan perancah, kerja pembinaan dan pelancaran
rasuk, kerja pemasangan tembok parapet dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link


PENUTUPAN LORONG KIRI DI JALAN TUN ABDUL RAZAK (BERHAMPIRAN JB SENTRAL, ARAH DANGA BAY), JOHOR BAHRU
9 Jun
2025
1 Feb
2026

Waktu Aktiviti
24 Jam

Penerangan

Untuk makluman, penutupan lorong kiri di Jalan Tun Abdul Razak (berhampiran JB Sentral, arah Danga Bay) akan dilaksanakan dari 09 Jun 2025 hingga 1 Februari 2026. Tempoh masa kerja-kerja adalah 24 jam sehari, selama tujuh (7) bulan dan dua puluh tiga (23) hari.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera pembinaan, kerja-kerja pemasangan papak dek, bumbung, dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link.


PENUTUPAN PENUH LALUAN PENGHUBUNG DI DAERAH JOHOR BAHRU (JALAN JOHOR BAHRU-ENDAU, SEKSYEN 0.10 HINGGA SEKSYEN 0.20)
3 Jun
2025
31 Dec
2026

Waktu Aktiviti
24 jam

Penerangan

Untuk makluman, penutupan penuh laluan penghubung Jalan Johor Bahru-Endau (dari seksyen 0.10 hingga seksyen 0.20) akan dilaksanakan dari 03 Jun 2025 hingga 31 Disember 2026. Tempoh masa kerja-kerja adalah 24 jam sehari, selama lapan belas (18) bulan dan dua puluh lapan (28) hari.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja lubang cerucuk, kerja-kerja tukup cerucuk, kerja-kerja pembinaan tiang, dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link.


LANJUTAN PENUTUPAN SEBAHAGIAN LORONG SECARA BERKALA DAN BERPERINGKAT DI PUSAT BANDARAYA JOHOR BAHRU
27 May
2025
20 Oct
2025

Waktu Aktiviti
10:00 malam - 5:00 pagi | 9:00 pagi - 5:00 petang

Penerangan

Untuk makluman, penutupan sebahagian lorong secara berkala dan berperingkat di Jalan Trus, Jalan Abdullah Ibrahim, Jalan Md Noor, Jalan Gereja, Jalan Ngee Heng, Jalan Gertak Merah dan Jalan Abdul Rahman Andak, Johor Bahru akan dilanjutkan dari 27 Mei 2025 hingga 20 Oktober 2025. Tempoh masa kerja adalah dari 10:00 malam hingga 5:00 pagi dan 9:00 pagi hingga 5:00 petang, selama empat (4) bulan dan dua puluh empat (24) hari.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera pembinaan, kerja-kerja pengesanan & pengalihan utiliti dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link.


LANJUTAN PENUTUPAN PENUH LORONG DAN PENGAKTIFAN LALUAN KONTRA DI JALAN TEBRAU (ARAH SKUDAI/SENAI), JOHOR BAHRU Tarikh
20 May
2025
21 May
2025

Waktu Aktiviti
11:00 malam – 5:30 pagi

Penerangan

Untuk makluman, penutupan penuh lorong dan pengaktifan laluan kontra di Jalan Tebrau, Johor Bahru (arah Skudai/Senai) akan dilanjutkan dari 20 Mei 2025 hingga 21 Mei 2025. Tempoh masa kerja-kerja adalah 11:00 malam hingga 5:30 pagi selama dua (2) hari.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera pembinaan, kerja-kerja konkrit dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link.


PENUTUPAN PENUH LORONG DAN PENGAKTIFAN LALUAN KONTRA DI JALAN TEBRAU (ARAH SKUDAI/SENAI), JOHOR BAHRU
13 May
2025
14 May
2025

Waktu Aktiviti
10:00 malam – 5:00 pagi

Penerangan

Untuk makluman, penutupan penuh lorong dan pengaktifan laluan kontra di Jalan Tebrau, Johor Bahru (arah Skudai/Senai) akan dilaksanakan dari 13 Mei 2025 hingga 14 Mei 2025. Tempoh masa kerja-kerja adalah 10:00 malam hingga 5:00 pagi selama dua (2) hari.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera pembinaan, kerja- kerja pelarasan braket kantilever, kerja-kerja konkrit dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link.


PENUTUPAN LORONG SECARA BERKALA DAN BERPERINGKAT DI KM0.75 TAMBAK JOHOR (KEDUA-DUA ARAH)
5 May
2025
9 May
2025

Waktu Aktiviti
8:00 malam – 3:00 pagi (arah Woodlands, Singapura) 10.00 malam – 5.00 pagi (arah Johor Bahru, Malaysia)

Penerangan

Untuk makluman, penutupan lorong secara berkala dan berperingkat di KM0.75 Tambak Johor (kedua-dua arah) akan dilaksanakan dari 5 Mei 2025 hingga 9 Mei 2025. Tempoh masa kerja adalah dari 8:00 malam hingga 3:00 pagi (arah Woodlands, Singapura) dan dari 10:00 malam hingga 5:00 pagi (arah Johor Bahru, Malaysia) selama 5 hari.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan penghadang konkrit.


PENUTUPAN JALAN SECARA BERKALA DI JALAN TUN ABDUL RAZAK, JOHOR BAHRU (BERHAMPIRAN MENARA JLAND & KOMTAR JBCC, ARAH PUSAT BANDAR)
1 May
2025
31 May
2025

Waktu Aktiviti
11:00 malam - 6:00 pagi

Penerangan

Untuk makluman, penutupan jalan secara berkala di Jalan Tun Abdul Razak (berhampiran Menara Jland & Komtar, arah Pusat Bandar) akan dilaksanakan dari 1 Mei 2025 hingga 31 Mei 2025. Tempoh masa kerja adalah dari 11:00 malam hingga 6:00 pagi selama 31 hari.

Aktiviti

Untuk memudahkan kerja-kerja mengecat kekotak segmen, kerja-kerja
penurapan jalan dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link.


PENUTUPAN JALAN SECARA BERKALA DI JALAN TUN ABDUL RAZAK, JOHOR BAHRU (ARAH SKUDAI/SENAI DAN DANGA BAY)
18 Jan
2025
26 Jan
2025

Waktu Aktiviti
10:00 p.m – 5:00 a.m

Penerangan

Untuk makluman, penutupan jalan secara berkala di Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru akan dilaksanakan dari 18 Januari 2025 hingga 26 Januari 2025. Tempoh masa kerja adalah dari 10:00 malam hingga 5:00 pagi selama sembilan (9) hari.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera pembinaan, kerja-kerja pengalihan utiliti, kerja-kerja pelancaran rasuk U & rasuk T serta kerja-kerja berkaitan projek RTS Link.