Pengumuman Trafik
PENUTUPAN LALUAN WAKTU MALAM SECARA BERPERINGKAT DI JALAN TENGAH DI ANTARA PERSIMPANGAN PERSIARAN MAHSURI DAN JALAN MAYANG PASIR
2025
2025
Waktu Aktiviti
10:00 pm – 5:00 am
Penerangan
Untuk makluman, penutupan separa laluan waktu malam akan dilaksanakan di Jalan Tengah, berhampiran Hospital Pantai Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun
Uda, dari 16 Oktober 2025 hingga 9 November 2025.
Aktiviti
Pengorekan bagi tujuan mengenalpasti utiliti
PENUTUPAN LALUAN WAKTU MALAM SECARA BERPERINGKAT DI JALAN TENGAH DI ANTARA PERSIMPANGAN JALAN MAYANG PASIR DAN PERSIARAN MAHSURI (JALAN TENGAH)
2025
2025
Waktu Aktiviti
10:00 pm – 5:00 am
Penerangan
Untuk makluman, penutupan separa laluan waktu malam akan dilaksanakan di Jalan
Tengah, berhampiran Giant Hypermarket dan Stesen Minyak Caltex , dari 16 Oktober 2025 hingga 9 November 2025. Aktiviti ini akan dijalankan dari 10:00 pm hingga 5:00 am.
Aktiviti
Pengorekan bagi tujuan mengenalpasti utiliti
LANJUTAN PENUTUPAN PENUH SECARA BERKALA DI JALAN TEBRAU (ARAH KOTA TINGGI) DAN JALAN TUN ABDUL RAZAK (ARAH SKUDAI/SENAI), JOHOR BAHRU
2025
2025
Waktu Aktiviti
10.00 malam - 5.30 pagi
Penerangan
Untuk makluman, penutupan penuh secara berkala di Jalan Tebrau (arah Kota Tinggi) dan Jalan Tun Abdul Razak (arah Skudai/Senai) akan dilanjutkan dari 21 Oktober 2025 hingga 7 November 2025. Tempoh masa kerja adalah 10.00 malam hingga 5.30 pagi selama dua (2) minggu dan tiga (3) hari.
Aktiviti
Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera pembinaan, kerja-kerja konkrit rasuk
diafragma, kerja-kerja papak dek, kerja-kerja membuka struktur, dan kerja-kerja
berkaitan projek RTS Link.
PENUTUPAN LORONG SECARA BERPERINGKAT DAN BERKALA DI JALAN WONG AH FOOK, JOHOR BAHRU
2025
2025
Waktu Aktiviti
10.00 malam - 5.30 pagi
Penerangan
Untuk makluman, penutupan lorong secara berperingkat dan berkala di Jalan Wong Ah Fook akan dilaksanakan dari 21 Oktober 2025 hingga 6 November 2025. Tempoh masa kerja-kerja adalah dari jam 10.00 malam hingga 5.30 pagi, selama dua (2) minggu dan dua (2) hari.
Aktiviti
Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera, kerja-kerja pengalihan utiliti, kerja-kerja pemasangan lampu isyarat sementara dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link.
PENUTUPAN PENUH SECARA BERKALA DI JALAN SALLEH, JOHOR BAHRU
2025
2026
Waktu Aktiviti
9.00 pagi - 6.00 pagi (kecuali luar waktu kemuncak)
Penerangan
Untuk makluman, penutupan penuh secara berkala di Jalan Salleh, Johor Bahru akan dilaksanakan dari 12 Oktober 2025 hingga 31 Januari 2026. Tempoh masa kerja-kerja adalah dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, 2.00 petang hingga 5.00 petang dan 10.00 malam hingga 6.00 pagi, selama tiga (3) bulan dan sembilan belas (19) hari.
Aktiviti
Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera, kerja-kerja pembinaan dinding diafragma dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link.
PENUTUPAN PENUH SECARA BERKALA DI JALAN GEREJA, JALAN NGEE HENG, DAN JALAN TRUS, JOHOR BAHRU
2025
2025
Waktu Aktiviti
10.00 malam - 5.30 pagi
Penerangan
Untuk makluman, penutupan penuh secara berkala di Jalan Gereja, Jalan Ngee Heng dan Jalan Trus, Johor Bahru akan dilaksanakan dari 15 Oktober 2025 hingga 30 Oktober 2025. Tempoh masa kerja adalah 10.00 malam hingga 5.30 pagi, selama dua (2) minggu.
Aktiviti
Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera pembinaan, kerja-kerja pelancaran,
dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link.
PENUTUPAN PUSINGAN “U” DI JALAN TENGKU AZIZAH, JOHOR BAHRU (BERHAMPIRAN JB SENTRAL)
2025
2026
Waktu Aktiviti
24 jam
Penerangan
Untuk makluman, penutupan pusingan “U” di Jalan Tengku Azizah, Johor Bahru (berhampiran JB Sentral) akan dilaksanakan bermula 17 September 2025 hingga 31 Januari 2026. Tempoh masa kerja adalah selama 24 jam sehari bagi tempoh empat (4) bulan dan empat belas (14) hari.
Aktiviti
Bagi memudahkan kerja-kerja berkaitan pembinaan tempat letak kenderaan bertingkat bagi projek RTS Link.
PENUTUPAN PENUH SECARA BERKALA DI JALAN GEREJA, JOHOR BAHRU
2025
2025
Waktu Aktiviti
10.00 malam - 5.30 pagi
Penerangan
Untuk makluman, penutupan penuh secara berkala di Jalan Gereja akan dilaksanakan dari 22 September 2025 hingga 10 Oktober 2025. Tempoh masa kerja adalah 10.00 malam hingga 5.30 pagi, selama lapan belas (18) hari.
Aktiviti
Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera pembinaan, kerja-kerja konkrit, dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link.
LANJUTAN PENUTUPAN LORONG KIRI SECARA BERKALA DI JALAN TUN ABDUL RAZAK, JOHOR BAHRU (ARAH PUSAT BANDAR)
2025
2025
Waktu Aktiviti
10.00 malam - 5.30 pagi
Penerangan
Untuk makluman, penutupan lorong kiri secara berkala di Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru (arah Pusat Bandar akan dilanjutkan dari 18 September 2025 hingga 18 Oktober 2025. Tempoh masa kerja-kerja adalah dari jam 10.00 malam hingga 5.30 pagi, selama satu (1) bulan.
Aktiviti
Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera, kerja-kerja berkaitan crosshead
portal, kerja-kerja pemasangan acuan, kerja-kerja konkrit serta kerja-kerja berkaitan projek RTS Link