ProjectsPengumuman Trafik

Pengumuman Trafik

PENUTUPAN SEPARA LALUAN SECARA BERKALA JANGKA PANJANG DI JALAN TUN DR AWANG (SERI NILAM APARTMENT – TUNAS RESIDENSI APARTMENT)
25 Jan
2026
30 Apr
2026

Waktu Aktiviti
8.00AM – 4.00PM

Penerangan

Untuk makluman, penutupan separa laluan secara berkala jangka panjang di Jalan Tun Dr Awang (ke arah Komtar) akan dilaksanakan dari 25 Januari 2026 hingga 30 April 2026. Tempoh masa penutupan adalah di antara jam 8:00 pagi hingga 4:00 petang, selama 96 hari.

Aktiviti

Kerja-Kerja Pelebaran Jalan


LANJUTAN PENUTUPAN PENUH SECARA BERKALA DI JALAN SALLEH, JOHOR BAHRU
1 Feb
2026
30 Jul
2026

Waktu Aktiviti
9.00 pagi - 6.00 pagi (kecuali luar waktu kemuncak)

Penerangan

Untuk makluman, penutupan penuh secara berkala di Jalan Salleh, Johor Bahru akan dilanjutkan bermula dari 1 Februari 2026 sehingga 30 Julai 2026. Tempoh masa kerja-kerja adalah dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, 2.00 petang hingga 5.00 petang dan 10.00 malam hingga 6.00 pagi, selama enam (6) bulan.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera, kerja-kerja pembinaan struktur dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link.


LANJUTAN PENGAKTIFAN JALAN SEHALA DI JALAN SALLEH, KIM TENG PARK, JOHOR BAHRU
1 Feb
2026
30 Jul
2026

Waktu Aktiviti
24 jam

Penerangan

Untuk makluman, pengaktifan jalan sehala di Jalan Salleh, Kim Teng Park, Johor Bahru akan dilanjutkan bermula dari 1 Februari 2026 sehingga 30 Julai 2026. Tempoh masa kerja adalah 24 jam, selama enam (6) bulan

Aktiviti

Bagi menjalankan kerja-kerja tanah dan struktur bangunan serta kerja-kerja berkaitan
pembinaan tempat letak kenderaan bertingkat bagi projek RTS Link


LENCONGAN LALUAN SECARA BERKALA JANGKA PANJANG DI JALAN TUN DR AWANG (CAWAN KUEY & SAJIAN – FUTSAL COURT)
20 Jan
2026
31 Mar
2026

Waktu Aktiviti
24 Jam

Penerangan

Dimaklumkan bahawa lencongan laluan secara berkala jangka panjang di Jalan Tun Dr Awang (kedua-dua arah) akan dilaksanakan dari 20 Januari 2026 hingga 31 Mac 2026.

Aktiviti

Kerja-Kerja Penyiasatan Tanah, Pembersihan Tapak, Penyediaan Platform Kerja.


LENCONGAN JALAN SECARA BERKALA JANGKA PENDEK DI JALAN SULTAN AZLAN SHAH (SJKC KWANG HWA & SJKC SHIH CHUNG)
26 Jan
2026
27 Mar
2026

Waktu Aktiviti
24 Jam

Penerangan

Untuk makluman, lencongan jalan secara berkala jangka pendek di Jalan Sultan Azlan Shah (menghala ke KOMTAR) akan dilaksanakan dari 26 Januari 2026 hingga 27 Mac 2026.
Tempoh masa penutupan bagi simulasi ini adalah 24 jam selama 61 hari.

Aktiviti

Simulasi Laluan Trafik Semasa Pembinaan


PENUTUPAN SEPARA LALUAN JANGKA PANJANG KEDUA-DUA HALA DI JALAN SULTAN AZLAN SHAH (SUNGAI TIRAM)
30 Dec
2025
31 Dec
2027

Waktu Aktiviti
24 Jam

Penerangan

Untuk makluman, penutupan separa lorong jangka panjang akan dilaksanakan di Jalan Sultan Azlan Shah, berhampiran kawasan Sungai Tiram, dari 30 Disember 2025 hingga 31 Disember 2027.

Aktiviti

Kerja-Kerja Awalan Termasuk Penebangan Pokok, Siasatan Tapak, Pemindahan Utiliti Dan Kerja Cerucuk


PENUTUPAN SEPARA LALUAN JANGKA PANJANG WAKTU MALAM DI LEBUH RAYA TUN DR LIM CHONG EU (EAST JELUTONG)
19 Jan
2026
31 Mar
2026

Waktu Aktiviti
10.00PM – 6.00AM

Penerangan

Untuk makluman, penutupan separa laluan jangka panjang waktu malam di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu akan dilaksanakan dari 19 Januari 2026 hingga 31 Mac 2026.
Tempoh masa penutupan adalah di antara jam 10:00 malam hingga 6:00 pagi.

Aktiviti

Pemotongan Pokok


LANJUTAN PENUTUPAN PENUH SECARA BERKALA DI JALAN TEBRAU DAN JALAN WONG AH FOOK, JOHOR BAHRU
20 Jan
2026
19 Jan
2026

Waktu Aktiviti
10.00 PM - 5.30 AM

Penerangan

Untuk makluman, penutupan penuh secara berkala di Jalan Tebrau dan Jalan Wong Ah Fook akan dilanjutkan dari 20 Januari 2026 hingga 19 April 2026. Tempoh masa kerja adalah 10:00 malam hingga 5:30 pagi selama tiga (3) bulan.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera pembinaan, kerja-kerja konkrit, kerja-kerja papak dek, kerja-kerja “parapet wall”, kerja-kerja membuka struktur dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link.


LANJUTAN PENYUSUNAN SEMULA JALAN DI JALAN TUN ABDUL RAZAK, JOHOR BAHRU (ARAH PUSAT BANDAR)
13 Jan
2026
30 Jun
2026

Waktu Aktiviti
24 jam

Penerangan

Untuk makluman, penyusunan semula jalan di Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru (arah Pusat Bandar) akan
dilanjutkan dari 13 Januari 2026 hingga 30 Jun 2026. Tempoh masa penyusunan semula jalan adalah 24 jam,
selama lima (5) bulan dan tiga (3) minggu.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera, kerja-kerja lubang cerucuk, kerja-kerja tukup cerucuk, kerja-kerja pembinaan tiang, kerja-kerja “crosshead”, kerja-kerja
“spine beam”, kerja-kerja pelancaran serta kerja-kerja berkaitan projek RTS Link