Mac 10, 2017
PADAT: Presiden Perbadanan Putrajaya memberi sokongan penuh menerusi ucapan beliau di majlis menandatangani perjanjian persefahaman itu.

MRT CORP DAN PPj MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN

SATU majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan Perbadanan Putrajaya telah diadakan di Bilik Kesidang, Level 9, Kompleks Perbadanan Putrajaya pada 10 Mac 2017.
Mac 8, 2017
PENCERAMAH: Dari kiri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif KLIA Ekspres Puan Noormah Noor dan Ketua Jabatan Rel dan Infrastruktur Projek Prasarana YB Datin Hajah Norlia Noah.

SESI RAMAH MESRA BERSAMA YB DATO’ SRI HAJAH NANCY SHUKRI

SEMPENA Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2017, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) telah menganjurkan sebuah sesi ramah mesra bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.
Februari 25, 2017

MRT CORP JUARA MAYBANK GLOBAL MARKETS RUNNING MAN 2017

IA merupakan hari yang penuh dengan kejayaan untuk Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada hari Sabtu, 25 Februari 2017 apabila telah menjuarai pertandingan Global Markets Running Man 2017.
Februari 23, 2017
MENDAPAT MAKLUMAT: Pengarah Projek Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Encik Marcus Karakashian (berbaju putih, dua dari kanan) memberikan maklumat tentang Projek MRT kepada para delegasi.

DELEGASI UNITED KINGDOM MALAYSIA URBAN SCOPING WORKSHOP MELAWAT PROJEK MRT

SEMPENA United Kingdom-Malaysia Scoping Workshop yang telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Britain Kuala Lumpur, 7 delegasi dari Malaysia dan United Kingdom telah melawat Projek MRT pada 23 Februari 2017.
Februari 22, 2017
NADI: Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Dato� Seri Idris Jala (kiri) dengan Pengarah Projek Laluan SBK Encik Marcus Karakashian semasa di dalam pusat kawalan operasi.

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PEMANDU MELAWAT MRT LALUAN SUNGAI BULOH-KAJANG

KETUA Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan atau Performance Management and Delivery Unit (PEMANDU) dari Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Idris Jalan telah melawat MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang yang telah dibuka baru-baru ini pada 22 Februari 2017.
Februari 21, 2017
PELAWAT KEHORMAT: Ketua Setiausaha Kerajaan Tan Sri Dr Ali Hamsa (dua dari kiri) di reruai Projek MRT Lembah Klang di Seminar ITS dan Pameran 2017.

MRT CORP MEMPAMERKAN APLIKASI SISTEM PENGANGKUTAN PINTAR DALAM PENGANGKUTAN AWAM

Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah mengambil peluang untuk menekankan teknologi terkini dalam Sistem Teknologi Pintar atau Intelligent Transport System (ITS) di pameran Projek MRT Lembah Klang di Seminar ITS dan Pameran 2017.
Januari 12, 2017
ORANG PENTING: Dari kiri, Encik Najdi Naimi (MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd), Puan Norazah Abdul Rashid (Prasarana Malaysia Berhad), Ir. Major (R) Mohamed Shuhaidi Omar (Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd), Encik Tarenjit Singh Khella (Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd) dan Encik Zamri Abas (Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd).

AUDIT AKSESIBILITI OLEH KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

KEMENTERIAN Pengangkutan Malaysia (Majlis Orang Kurang Upaya) telah menjalankan satu audit aksesibiliti bas MRT, perhentian bas, stesen dan keretapi di Stesen Mass Rapid Transit (MRT) Kwasa Sentral pada 12 Januari 2017.
Januari 11, 2017
ITU DIA: Cik Ng Zhi Wei memasuki pintu tambang di Stesen Sungai Buloh, menjadikan beliau penumpang kesejuta menggunakan perkhidmatan MRT

SATU JUTA PENUMPANG MRT

IA menjadi tarikh yang akan diingati bagi Cik Ng Zhi Wei, 19, apabila menjadi penumpang kesejuta menggunakan perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT). Ng telah mencapainya pada pukul 10.13 pagi pada 11 Januari 2017 – 27 hari selepas pembukaan perkhidmatan Fasa Pertama antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Semantan pada 16 Disember 2016.