KEMENTERIAN Pengangkutan Malaysia (Majlis Orang Kurang Upaya) telah menjalankan satu audit aksesibiliti bas MRT, perhentian bas, stesen dan keretapi di Stesen Mass Rapid Transit (MRT) Kwasa Sentral pada 12 Januari 2017.
Ia telah diketuai oleh Ahli Parlimen YB Senator Puan Bathmavathi Krishnan dan Dr Ruzita Mohd Amin, yang merupakan Ketua Unit Orang Kurang Upaya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Audit ini telah dianjurkan khususnya untuk memeriksa kemudahan MRT yang disediakan untuk golongan yang kurang upaya dan membabitkan kakitangan dari Malaysia Rapid Transit Corporation (MRT Corp), MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd (MMC Gamuda) dan Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA).
Untuk memulakan aktiviti, Pengurus Besar Elektrikal dan Mekanikal Perkhidmatan Bangunan MRT Corp Ir. Major (R) Mohamed Shuhaidi Omar telah mengalu-alukan kedatangan juruaudit ke stesen. Naib Presiden Komunikasi Kumpulan dan Strategik Pemasaran PRASARANA, Puan Norazah Abdul Rashid kemudiannya menerangkan jadual aktiviti termasuk perjalanan menggunakan bas perantara dan keretapi MRT.
Sepanjang sesi audit ini, Bathmavathi dan Dr Ruzita telah mengetuai para juruaudit dengan memberi maklum balas mereka tentang perkhidmatan MRT.
Perkara pertama yang dijadualkan untuk sesi audit ini ialah mengaudit bas perantara. Ketua Pembinaan Landasan & Penyelenggaraan Kenderaan, Sistem Elektrikal & Mekanikal MRT Corp Encik Zamri Abas telah mengetuai delegasi untuk menaiki bas perantara. Di sini, mereka telah membuat perjalanan menggunakan bas perantara, dengan mengikuti laluan T801 yang melalui kawasan Kota Damansara. Mereka juga telah berhenti di salah satu perhentian bas untuk juruaudit mencuba kemudahan landasan yang membolehkan para pengguna kerusi roda menaiki bas.
Selepas perjalanan bas, Arkitek MMC Gamuda Encik Najdi Naimi telah mengetuai tinjauan Stesen Kwasa Sentral. Tempat letak kereta khas untuk individu yang kurang upaya dan juga kemudahan stesen seperti lif dan jubin sentuhan untuk orang buta juga telah ditunjukkan.
Perjalanan menaiki keretapi MRT telah juga dijadualkan di akhir sesi audit di mana juruaudit telah menaiki keretapi dari Stesen Kwasa Sentral ke Stesen Sungai Buloh.
Ketika di atas keretapi, Pengarah Sistem Elektrikal dan Mekanikal MRT Corp Encik Tarenjit Singh Khella telah menyatakan bahawa untuk keretapi MRT, mereka bercadang untuk memasang tali pinggang khas untuk individu berkerusi roda. Dengan ini, keadaan kerusi roda mereka tidak akan berubah apabila keretapi bergerak.
Bathmavathi telah berkata di akhir sesi audit bahawa “Adalah sangat baik Projek MRT menyediakan pelbagai kemudahan bagi orang yang kurang upaya. Walau bagaimanapun, kami berharap agar mereka dapat mengubah segelintir aspek yang telah dinyatakan semasa sesi audit.”
Sesi audit ini telah berakhir dengan makan tengah hari untuk juruaudit.











