Jun 13, 2017
KERJA-KERJA AKHIR: Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi (tengah) sedang diberi taklimat tentang kerja-kerja akhir yang sedang dijalankan di Stesen MRT Kajang.

TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN MELAWAT STESEN KAJANG

TIMBALAN Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi melawat Stesen Kajang yang terdiri daripada stesen bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) dan perkhidmatan KTM pada 13 Jun 2017.
Jun 9, 2017
SAMBUTAN MESRA: Ketua Kuarters Pekerja, Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd Encik Mohd Yusof Kasiron (kanan) mengalu-alukan kedatangan pegawai dari Perbadanan Putrajaya.

PERBADANAN PUTRAJAYA MELAWAT KUARTERS PEKERJA MRT

PARA pegawai dari Perbadanan Putrajaya (PPj) telah melawat Kuarters Pekerja (Centralised Labour Quarters) Mass Rapid Transit (MRT) Lembah Klang, di Sungai Buloh pada 9 Jun 2017 untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengurusan penginapan sementara pekerja asing.
Jun 8, 2017
SOLAT: Para hadirin dan pekerja yang hadir ke majlis iftar bersama-sama menunaikan solat Maghrib.

IFTAR DI KUARTERS PEKERJA MRT

Bersempena bulan Ramadan, Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bersama Rakan Pelaksana Projek MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd dan Kontraktor Pakej Kerja Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Pakej V203 IJM Construction Sdn Bhd, mengadakan satu majlis iftar (berbuka puasa) pada 8 Jun 2017 bersama pekerja di Kuarters Pekerja MRT terletak di Sungai Buloh.
Jun 8, 2017
TETAMU KEHORMAT: Dari kiri, Setiausaha Bahagian dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan Encik Zureen Zubir, Ketua Pegawai Kewangan MRT Corp Dato 'Hairul Abdul Hamid, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Dato' Haji Mokhtar Samad, dan Unit Peneraju Bumiputera (TERAJU) Encik Wan Sazriz Wan Zaid semasa sesi pengundian.

EMPAT KONTRAK DIANUGERAHKAN KEPADA SYARIKAT BUMIPUTERA BAGI MRT LALUAN SSP

Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) mengadakan sesi undian pertama untuk memilih kontraktor Bumiputera untuk dianugerahkan kontrak pembinaan MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya pada 8 Jun 2017.
Mei 25, 2017
PENDAFTARAN: Para media mendaftarkan diri.

MAJLIS IFTAR BERSAMA MEDIA

Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama pihak media di Hilton Kuala Lumpur di KL Sentral, Kuala Lumpur pada 29 Mei 2017.
Mei 25, 2017
SUKARELAWAN: Beberapa kakitangan Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd yang secara sukarela mengambil bahagian dalam Latihamal Kecemasan.

LATIHAMAL KECEMASAN TEROWONG MRT

RAPID Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), operator Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK), telah menganjurkan satu sesi latihamal kecemasan di dalam terowong MRT berhampiran dengan Stesen Tun Razak Exchange pada 25 Mei 2017 berikutan pembukaan fasa kedua laluan yang dijangka dalam masa dua minggu.
Mei 23, 2017
TETAMU PENTING: Dari kiri, Puan Noor Hanim Ismail, Dr Tan Seng Giaw, Encik Chua Tian Chang, Pengarah Projek MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd Encik Param Sivalingam dan Cik Elizabeth Wong di sesi taklimat tentang MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP).

PARA AHLI PARLIMEN, DEWAN UNDANGAN NEGERI, MAJLIS PBT DIBERI TAKLIMAT BERKENAAN MRT LALUAN SSP

SEBUAH taklimat tentang kemajuan Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang- Putrajaya (Laluan SSP) telah dianjurkan untuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada 23 Mei 2017 oleh Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd, sebagai rakan pelaksana projek ini.
Mei 18, 2017
PARA HADIRIN: Pelawat dari Korea Selatan mengambil gambar kumpulan di dalam galeri Pusat Pengoperasian Mass Rapid Transit (MRT).

PELAWAT DARI KOREA SELATAN MELAWAT PROJEK MRT

DUA belas individu dari Korea Rail Road Corporation (KORAIL), Korea Selatan telah melawati Projek Mass Rapid Transit (MRT) pada 18 Mei 2017 yang lalu.
Mei 17, 2017
PENERANGAN: Timbalan Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Encik Leong Shen-Li memberi penjelasan mengenai Projek MRT Lembah Klang kepada warga kerja dari Pelancongan Malaysia.

WARGA KERJA DARI PELANCONGAN MALAYSIA MELAWAT PUSAT INFORMASI MRT

WARGA kerja dari Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia, lebih dikenali sebgai Pelancongan Malaysia, melawat Pusat Informasi MRT di Seri Kembangan pada 17 Mei 2017.