Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah mengambil peluang untuk menekankan teknologi terkini dalam Sistem Teknologi Pintar atau Intelligent Transport System (ITS) di pameran Projek MRT Lembah Klang di Seminar ITS dan Pameran 2017.
Dianjurkan oleh Persatuan Sistem Pengangkutan Pintar Malaysia, pameran ini diadakan di Connexion@Nexus di Bangsar South, Kuala Lumpur dari 21 Februari 2017 hingga 23 Februari 2017.
Pameran ini mempamerkan aplikasi ITS dalam Projek MRT Lembah Klang yang digunakan dalam sistem operasi tren automatik sepenuhnya .
Aplikasi ITS dalam sistem MRT terdiri daripada penyeliaan tren automatik ke kutipan tambang automatik dan juga maklumat masa ketibaan tren kepada penumpang.
Reruai projek MRT Lembah Klang telah menarik ramai pelawat, termasuk Menteri Kerja Raya Dato’ Sri Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Kerja Raya dan Ketua Setiausaha Kerajaan Tan Sri Dr Ali Hamsa, yang juga merupakan Pengerusi MRT Corp.
Ali menyampaikan ucapan utama di seminar tersebut dan beliau menekankan Pelan Malaysia bagi ITS, termasuklah dalam sektor pengangkutan awam.
Peserta seminar juga telah mendapat peluang untuk melawat pusat kawalan operasi bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang sebagai salah satu lawatan teknikal di seminar tersebut.











