Bersempena bulan Ramadan, Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bersama Rakan Pelaksana Projek MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd dan Kontraktor Pakej Kerja Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Pakej V203 IJM Construction Sdn Bhd, mengadakan satu majlis iftar (berbuka puasa) pada 8 Jun 2017 bersama pekerja di Kuarters Pekerja MRT terletak di Sungai Buloh.
Majlis itu dihadiri oleh Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corp Dato’ Najmuddin Abdullah; Ketua Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Encik Yusof Kasiron; Ketua Perhubungan Awam dan Pengurusan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Encik Zamri Hasan; dan Pengurus Besar Kuarters Pekerja MMC-Gamuda Kapten (B) Dr Mohd Fuad Omar.
Majlis iftar ini merupakan satu cara bagi MRT Corp dan rakan kongsi untuk menghargai para pekerja yang bersama-sama berganding bahu menyiapkan projek MRT.







