Pembinaan saluran sesilang terowong selepas penyiapan laluan terowong untuk mewujudkan sambungan antara dua terowong sebagai pemindahan kecemasan di tapak Stesen MRT Bandar Malaysia Utara.
Pandangan udara Syaf Penyelenggaraan 1 menunjukkan kerja-kerja terowong sedang dijalankan dari Persilangan Hospital Kuala Lumpur ke Stesen MRT Ampang Park.
Pandangan udara tapak Stesen MRT Kampung Baru Utara menunjukkan penggalian dinding diafragma di Pintu Masuk B yang terletak di hadapan Kondominium Setia Sky. Turut boleh dilihat adalah penggalian dan konkrit tetulang sedang dijalankan di papak ruang legar kekotak stesen.