Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam satu majlis tertutup pada 16 Mei 2023, yang diadakan di Ibu Pejabat Korporat MRT Corp di Bukit Damansara.
Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bersama MBSB Bank Berhad menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membangunkan usahawan Bumiputera dalam industri, dalam kerjasama kewangan strategik. Majlis menandatangani perjanjian tersebut telah diadakan
pada 11 April 2023 di Ibu Pejabat Korporat MBSB di Petaling Jaya.
MRT Laluan Putrajaya telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 16 Mac 2023, yang diadakan di Depoh MRT Serdang.
Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd (MRTS) telah mengadakan sesi taklimat pengenalan dan pendaftaran bagi Program Usahawan Muda MRTS (MYEP-RTS) pada 13 Februari 2023, di Bilik Mesyuarat JB Sentral Pejabat Mass Rapid Transit (MRT) Corp, Johor Bahru.
Fasa Kedua MRT Laluan Putrajaya bakal memulakan operasi tidak lama lagi sedang melalui operasi ujian dan percubaan yang diperlukan. Jajaran baharu ini diuji dari aspek keselematannya bagi memastikan ia selamat, berfungsi dan cekap beroperasi sepenuhnya. Ini dicapai melalui latihan Pelan Tindak Balas Kecemasan (ERP), yang dikendalikan oleh pengendali MRT, Rapid Rail Sdn. Bhd.
Tawaran Akses Rujukan MRT Corp boleh diakses di sini