Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd (MRTS) telah mengadakan sesi taklimat pengenalan dan pendaftaran bagi Program Usahawan Muda MRTS (MYEP-RTS) pada 13 Februari 2023, di Bilik Mesyuarat JB Sentral Pejabat Mass Rapid Transit (MRT) Corp, Johor Bahru.
Program MYEP-RTS ini merupakan perjanjian kolaborasi yang strategik di antara MRTS, Construction Industry Development Board (CIDB) dan Johor Centre For Construction Development (JCCD), dalam membangunkan usahawan Bumiputera muda bagi industri pembinaan.
Seramai 11 orang peserta telah berjaya dipilih untuk menyertai program ini daripada 32 permohonan yang diterima.
Sesi taklimat tersebut dimulakan dengan ucapan daripada wakil MRTS Director of Authority Liaison & Stakeholders iaitu En. Redzelan Mohamed diikuti ucapan daripada Pengarah CIDB Negeri Johor, En. Annis Othman dan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif JCCD En. Nor Syazlan Abd Razak.
Para peserta kemudiannnya telah diberi taklimat mengenai Projek RTS Link Johor Bahru-Singapura dan Program MyEP termasuk kursus, latihan dan modul yang akan dijalankan selama 6 bulan. Mereka akan menjalani latihan secara teori dan amali buat 3 bulan pertama di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Selatan, Johor Bahru bagi kursus seperti motivasi dan jata diri, pengurusan kewangan, penyeliaan projek serta kemahiran dan kecekapan seperti penerapan bata, pelepaan dan penjubinan. Manakala, 3 bulan seterusnya akan menyaksikan para peserta menjalani On-the-Job Training di tapak pembinaan Projek RTS Link.
Sesi taklimat di teruskan di ABM, dimana peserta diberikan penerangan lanjut mengenai modul pembelajaran sepanjang tempoh pengajian serta pendedahan tempat kursus dan latihan yang akan dijalankan. Para peserta juga diberikan informasi berkenaan penyedian asrama sebagai salah satu kemudahan yang disediakan.
Program ini diharap dapat melahirkan para peserta yang mahir dalam bidang teknikal dan perniagaan, memperkasakan modal insan. Latihan ini dapat memberi pendedahan dalam melaksanaan projek dan pengalaman perniagaan bagi memberi peluang yang kondusif kepada para peserta untuk menjadi kontraktor yang berjaya.









