Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan Agensi Angkasa
Malaysia (MYSA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam
satu majlis tertutup pada 16 Mei 2023, yang diadakan di Ibu Pejabat Korporat
MRT Corp di Bukit Damansara.
MoU itu akan menyaksikan kedua-dua pihak bekerjasama dalam penyelidikan
dan pembangunan teknologi angkasa untuk memudahkan dan mengukuhkan
perancangan, pengurusan, dan pemantauan berkala di Zon Perlindungan
Keretapi (ZPK), cerun, dan kawasan berpotensi banjir di sepanjang Laluan
Transit untuk melindungi Aset MRT Corp.
Program ini akan dilaksanakan secara bersama melalui pembangunan sistem
operasi aplikasi dan pangkalan data – berdasarkan teknologi remote sensing
(penderiaan jauh) dan teknologi lain yang berkaitan, termasuk Sistem
Maklumat Geografi , dan Teknologi Komunikasi Maklumat.
Menandatangani MoU bagi pihak MRT Corp ialah Ketua Pegawai Eksekutif
Datuk Mohd Zarif Hashim, manakala Ketua Pengarah Gs. Haji Azlikamil Napiah mewakili MYSA.
MYSA, sebagai agensi terkemuka di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi (MOSTI) untuk inisiatif pendigitalan, telah bekerjasama dengan
pelbagai industri lain untuk menyokong pemantauan, perancangan,
pembangunan dan pengurusan operasi.
Dalam kerjasama strategik ini, MYSA akan menyediakan latihan mengenai
penggunaan Sistem Aplikasi dan perkhidmatan sokongan teknikal, termasuk
kemudahan dan keperluan teknikal lain untuk latihan yang akan dijalankan.
Bersama-sama, kedua-dua pihak akan membangunkan Sistem Aplikasi untuk
memantau aset MRT Corp.
Berucap pada majlis itu, Datuk Zarif berkata kerjasama strategik bersama
Kementerian Kerajaan adalah penting untuk mengoptimumkan sumber
perkongsiannya, demi kebaikan rakyat.









