Satu sesi taklimat untuk Pertandingan Idea Reka Bentuk Fakad Stesen RTS Link PAM+MRT Corp telah diadakan pada 14 Disember 2020 di Pejabat Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Kuala Lumpur.
Satu Forum Pengurusan Risiko Secara Maya telah dianjurkan pada 3 Disember 2020 untuk warga kerja Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dengan objektif untuk menanam budaya dan kesedaran risiko di kalangan warga kerja.
Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), melalui anak syarikatnya Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd (MRTS), menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Johor Centre for Construction Development (JCCD) pada 2 Disember 2020, untuk penyertaan kontraktor Bumiputera dalam Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor merasmikan secara maya Majlis Pecah Tanah Projek RTS Link antara Johor Bahru dan Singapura, menandakan bermulanya kerja-kerja pembinaan bagi projek tersebut, pada 22 November 2020.
Laungan suara orang ramai menyanyikan lagu Negaraku dan lagu-lagu patriotik kedengaran dengan kuat di Stesen MRT Merdeka Laluan MRT Kajang (KG) pada 31 Ogos 2020 dengan acara yang diadakan untuk memperingati ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-63.
Penghantaran tren elektrik pertama ke Depoh MRT Serdang Berjaya dilakukan pada 15 Ogos 2020, menandakan kemajuan kesediaan operasi untuk Fasa Kedua projek MRT Laluan Putrajaya.
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Kementerian Pengangkutan telah menjalankan pemeriksaan ke atas satu bahagian MRT Laluan Putrajaya pada 10 Ogos 2020.
Sebuah majlis makan malam membolehkan Timbalan Menteri Kewangan II, YB Tuan Mohd Shahar Abdullah beramah mesra dengan para peserta Program Usahawan Muda MRT(MYEP) telah dianjurkan oleh Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada 6 Ogos 2020 di Pullman Kuala Lumpur Bangsar.
Projek Rapid Transit System (RTS) Link Johor Bahru-Singapura kini diteruskan setelah Perjanjian Dua Hala ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan Singapura pada 30 Julai 2020.