Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Kementerian Pengangkutan telah menjalankan pemeriksaan ke atas satu bahagian MRT Laluan Putrajaya pada 10 Ogos 2020.
Pasukan APAD yang menjalankan pemeriksaan ini diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Encik Ahmad Radhi Maarof. Pengarah Terowong Bawah Tanah MRT Laluan Putrajaya Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Encik Alexander William Terry dan Pengarah Stesen Bawah Tanah Encik Danny Lim menyambut mesra pasukan tersebut.
Pasukan tersebut memulakan aktiviti dengan diperiksa suhu badan dan menjalani ujian RTK Covid-19 di Pusat Informasi MRT Bandar Malaysia Utara. Taklimat ringkas berkenaan terowong dan operasi mesin pengorek terowong telah dijalankan, diikuti dengan taklimat keselamatan.
Pasukan itu kemudiannya dibawa ke kekotak stesen Bandar Malaysia Utara di mana mereka turun ke tingkat bawah untuk memasuki terowong yang menuju ke utara. Mereka berjalan di sepanjang landasan trek peringkat pertama sebelum memasuki terowong ke arah selatan menerusi laluan sesilang.
Setelah melintasi kembali ke terowong ke arah utara melalui laluan sesilang yang lain, pasukan ini terus menuju ke kekotak Stesen MRT Chan Sow Lin. Jumlah jarak berjalan adalah melebihi 2km. Terowong tersebut adalah di peringkat untuk diserahkan kepada kontraktor kerja-kerja trek.
Semasa berjalan, pasukan itu telah melihat kemajuan kedua-dua kerja pembinaan terowong dan stesen bawah tanah. Mereka juga telah ditunjukkan kesalinghubungan antara projek MRT Laluan Putrajaya dan projek-projek lain di mana kedua-duanya samada mempunyai laluan yang sama atau terletak berdekatan antara satu sama lain.
Sepanjang perjalanan, pasukan ini telah memberikan maklum balas terhadap apa yang telah dilihat. Mereka mengatakan bahawa mereka gembira dengan kemajuan yang dicapai sejauh ini dan tahap kemahiran kerja pembinaannya sangat berkualiti.











