Satu sesi taklimat untuk Pertandingan Idea Reka Bentuk Fakad Stesen RTS Link PAM+MRT Corp telah diadakan pada 14 Disember 2020 di Pejabat Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Kuala Lumpur.
Sesi ini diadakan untuk memberi peluang kepada para peserta untuk bertanya kepada PAM dan Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), yang merupakan penganjur dan promoter pertandingan, sebarang soalan mengenai pertandingan.
PAM diwakili oleh Ar Ang Chee Cheong, yang merupakan Penganjur Pertandingan sementara MRT Corp, sebagai Syarikat Infrastruktur Awam Malaysia Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) Antara Johor Bahru dan Singapura, melalui anak syarikatnya, Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd (MRTS), diwakili oleh Pengarah Projek RTS Link, Ir Zulkifli Mohamed.
Ir Zulkfili berkongsi maklumat mengenai Projek ini dan disertai oleh Naib Presiden Kanan AECOM, Ir Poh Seng Tiok dan Pengarah SA Architects Sdn Bhd, Encik Richard Sau. Mereka menjawab pertanyaan mengenai aspek teknikal Stesen dan cadangan reka bentuk fakad.
Sesi ini dijalankan secara maya di mana para peserta menyertai sesi menerusi persidangan video.
Pendaftaran untuk pertandingan kini telah ditutup dengan lebih daripada 120 peserta mendaftar. Mereka kini mempunyai masa sehingga 25 Januari 2021 untuk menghantar penyertaan mereka.
Pemenang hadiah pertama akan mendapat RM250,000.00 manakala pemenang hadiah kedua dan ketiga masing-masing akan mendapat RM65,000.00 dan RM35,000.00. Penghargaan juga akan diberikan kepada tiga peserta dengan jumlah RM10,000.00 setiap seorang.



