Maklumat Teknikal
Jajaran bertingkat mempunyai 24 stesen (3 stesen telah dibina sebagai sebahagian daripada MRT Laluan Kajang) manakala 8 stesen adalah di bawah tanah (1 stesen telah dibina sebagai sebahagian daripada MRT Laluan Kajang). Jumlah stesen untuk Laluan Putrajaya adalah 36 stesen beroperasi.
Terowong
Jajaran bawah tanah Laluan Putrajaya akan dibina di dalam terowong. Terowong akan dibina menggunakan mesin pengorek terowong dan juga kaedah gali-dan-timbus. Kedalaman terowong bergantung kepada faktor-faktor seperti sama ada ia perlu mengelakkan apa-apa struktur bawah tanah dan keadaan geologi.
Ciri-ciri Teknikal
TREN ELEKTRIK | |
---|---|
Bilangan penumpang setiap tren: | 1,204 |
Bilangan set tren: | 49 |
Bilangan gerabak setiap tren: | 4 |
Kelajuan maksimum (km sejam) | 100 |
Kawalan operasi tren | Tren tanpa pemandu dikawal dari Pusat Kawalan Operasi |
SISTEM KUTIPAN TAMBANG | |
---|---|
Jenis sistem | Sistem Tambang Automatik (AFC) yang menggunakan token dan kad elektronik |
Penjualan tiket | Mesin untuk penjualan tiket dan penambahan nilai |
Struktur tambang | Tambang yang berpatutan |
Integrasi tiket | Boleh digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan awam yang lain dan disepadukan dengan Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Bersepadu APAD |
KEMUDAHAN ORANG KURANG UPAYA | |
---|---|
Pergerakan |
• Blok sentuh untuk membantu orang kurang upaya penglihatan |
Kaunter | Kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda |
Tandas | Tandas mesra OKU |
SEMBOYAN DAN KAWALAN TREN | |
---|---|
Sistem Perlindungan Tren | Sistem Perlindungan Tren Automatik • Membolehkan pengesanan dan kawalan tren berterusan • Sistem kuncipanca untuk mengelakkan pergerakkan tren yang bercanggah |
Sistem Operasi Tren | Sistem Operasi Tren Automatik • Membolehkan pengoperasian tren secara automatik • Memastikan kelajuan tren yang selamat • Memastikan prosedur membrek yang selamat • Membuka dan menutup pintu tren secara automatik |
Sistem Pengawasan Tren | Sistem Pengawasan Tren Automatik • Membolehkan kawalan dan pengawasan tren bersepadu • Mengawal perjadualan dan mengenalpasti laluan tren secara automatik • Membolehkan pengesanan tren |
LANDASAN | |
---|---|
Jenis Landasan | Dikimpal secara berterusan tanpa celah antara rel |
Kawalan tahap hingar dan gegeran dari landasan | Reka bentuk terkini untuk memastikan tahap hingar dan gegaran yang rendah semasa tren beroperasi |
BEKALAN KUASA | |
---|---|
Sumber | Bekalan daripada Tenaga Nasional Berhad melalui Pencawang Masuk Utama |
Kuasa tarikan untuk tren | Bekalan melalui Pencawang Kuasa Tarikan yang dibina untuk Projek |
Bekalan kuasa kecemasan | Bekalan kuasa tidak terganggu selama satu sehingga dua jam ketika gangguan berlaku atau bekalan tidak stabil |
Ciri-ciri Keselamatan
MRT Laluan Putrajaya direkabentuk menepati piawaian antarabangsa dan amalan terbaik, serta mematuhi peraturan-peraturan keselamatan Malaysia, untuk keselamatan dan evakuasi ketika kebakaran.
CIRI-CIRI KESELAMATAN DI STESEN
- Stesen mempunyai kakitangan
- Sistem kawalan keselamatan
- Diawasi dengan menggunakan kamera litar tertutup
- Telefon bantuan untuk kegunaan penumpang
- Terang
- Dipasang dengan alat pengesan asap/api
- Sistem pengumuman awam untuk pengumuman kecemasan
CIRI-CIRI KESELAMATAN DI DALAM TREN
- Interkom untuk penumpang menghubungi Pusat Kawalan Operasi
- Kamera Litar Tutup di dalam tren
- Sistem pengumuman awam dalam tren untuk pengumuman kecemasan
- Prosedur evakuasi penumpang semasa kecemasan
KESELAMATAN LANDASAN
- Orang tidak berkenaan dilarang masuk
- Rel pembekal tenaga dilindungi rapi
- Laluan pejalan kaki kecemasan yang selamat bersebelahan dengan tren yang digunakan untuk evakuasi tren