Dalam sebuah lawatan kerja melihat tahap kesediaan operasi Fasa Satu MRT Laluan Putrajaya, delegasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Perancang Bandaraya YBhg Datuk Hj. Zulkurnain Hassan telah melawat ke beberapa lokasi MRT di sepanjang jajaran tersebut.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah membuat lawatan ke Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura pada 28 Oktober 2021 bagi taklimat projek dan mesyuarat teknikal.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya TPr. Hajah Noraini Haji Roslan telah mengadakan lawatan kerja ke Kuarters Pekerja Setempat (CLQ) Serdang pada 21 Oktober 2021 yang lalu untuk mempelajari cara-cara pelaksanaan CLQ.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong dan Menteri Wilayah Persekutuan Dato’ Sri Dr. Shahidan Kassim telah berkunjung ke tapak Persilangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Stesen MRT HKL pada 4 Oktober 2021 untuk memeriksa kerja-kerja bawah tanah MRT Laluan Putrajaya (PY)
Transport Minister Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong and Federal Territories Minister Dato’ Sri Dr. Shahidan Kassim visited the Hospital Kuala Lumpur (HKL) Crossover and the HKL MRT Station sites on 4 October 2021 to inspect the MRT Putrajaya (PY) Line underground works.
Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Tan Sri Jamaluddin Ibrahim telah berkunjung ke MRT Laluan Putrajaya (PY) pada 27 September 2021 yang lalu dalam sebuah lawatan untuk mengenali projek dengan lebih dekat
Dengan semangat Hari Kemerdekaan, Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah merayakan ulang tahun ke-64 kemerdekaan negara secara maya dengan tema ‘Penghayatan Kemerdekaan’ pada 30 Ogos 2021.
Berbekalkan semangat Menang Bersama, Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menyertai barisan hadapan dalam memerangi Covid-19 dengan mendorong sebanyak mungkin orang ramai untuk menerima vaksin.
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Puan Norlin Jaafar telah berkunjung ke Fasa Satu MRT Laluan Putrajaya (PY) dalam sebuah lawatan kerja pada 23 Ogos 2021.