Berbekalkan semangat Menang Bersama, Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menyertai barisan hadapan dalam memerangi Covid-19 dengan mendorong sebanyak mungkin orang ramai untuk menerima vaksin.
Dalam kerjasama dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Rapid Bus Sdn Bhd, Bas Perantara MRT telah digunakan sebagai unit vaksinasi bergerak dalam program jangkauan disasarkan kepada masyarakat yang masih belum menerima vaksin.
Program tersebut menyaksikan sebuah Bas Perantara MRT digunakan untuk menempatkan dua stesen vaksinasi semasa kempen inokulasi di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur pada 28 Ogos 2021.
Bersama dengan empat stesen vaksinasi lain yang bertempat di dalam Dewan Serbaguna Desa Rejang, seramai 303 penduduk di kawasan tersebut telah berjaya mendapatkan dos vaksin mereka. Kempen yang dianjurkankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa dengan sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertujuan untuk memastikan mereka yang gagal mendaftar untuk vaksinasi boleh mendapatkannya.
Hadir di lokasi tersebut ialah Pengarah PPUM Profesor Dr Nazirah Hasnan, Timbalan Pengarah PPUM (Ikhtisas) Puan Chew Yee Yean, Ketua Jawatankuasa Program Jangkauan Vaksinasi PPUM Profesor Madya Dr. Hazreen Abdul Majid dan Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Perhubungan Pihak Berkepentingan MRT Corp Encik Leong Shen-Li dan
Ini adalah kali kedua Bas Perantara MRT digunakan sebagai unit vaksinasi bergerak. Pada 11 Ogos 2021, dua buah Bas Perantara MRT telah digunakan semasa program vaksinasi untuk masyarakat Orang Asli di Desa Temuan, Damansara Perdana, Petaling Jaya.
Selain berkhidmat sebagai unit vaksinasi bergerak, Bas Perantara MRT juga telah digunakan untuk membawa beberapa kumpulan seperti ahli-ahli RC Deaf Missions Centre, Kelana Jaya dan penduduk PPR Lembah Subang, ke PPUM untuk penerimaan vaksin mereka.
Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, MRT Corp sangat percaya bahawa setiap orang memainkan peranan dalam memerangi Covid-19, dan akan menyokong dengan segala upaya yang mungkin untuk negara kembali normal secepat mungkin.



















