SEBAGAI sebahagian daripada Persidangan & Pameran Rantau Asia International Railway Federation (IRF) Kedua, Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd (MGKT) telah menjadi tuan rumah kepada 22 delegasi ke Stesen Cochrane pada 20 Oktober 2016.
Lawatan ini adalah sebahagian daripada persidangan selama 4 hari yang telah dianjurkan oleh IRF dan Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia dari 16 Oktober hingga 20 Oktober 2016.
Pengarah Projek Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) MRT Corp Encik Marcus Karakashian telah menyampaikan maklumat tentang Projek MRT. Antara perkara yang beliau nyatakan adalah bahawa pengguna tempat letak kereta di stesen MRT boleh mendapat diskaun jika mereka menggunakan perkhidmatan MRT.
Berkenaan dengan kemudahan Laluan SBK, terdapat sejumlah 101 buah eskalator dipasang di 7 stesen laluan ini. Lif dan laluan sentuhan pejalan kaki juga disediakan untuk orang kurang upaya.
Selepas selesai ucapan Marcus, Penyelia Keselamatan Kanan MMC Gamuda (Cochrane) Encik Karunagaran Subramanin telah memberikan sebuah taklimat keselamatan tentang keperluan keselamatan yang perlu dipatuhi sebelum tinjauan mesra ke stesen.
Pengarah Stesen Bawah Tanah MRT Corp Encik Keith Allenby telah mengetuai delegasi untuk tinjauan mesra stesen. Beliau dan Marcus telah menjawab soalan yang ditujukan kepada mereka.
Di akhir lawatan ini, Jurutera Kanan HSS Engineering Sdn Bhd Encik Low Kian Yung (bertindak sebagai badan perhubungan persidangan) telah menyampaikan sebuah memento kepada Marcus sebagai tanda penghargaan lawatan tersebut.







