Notis Privasi
Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd) (“MRT Corp”) dan anak-anak syarikatnya (secara kolektif, “Kumpulan MRT”) komited untuk melindungi dan menghormati privasi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA“).
Notis Privasi ini menerangkan:
- Bagaimana dan mengapa Kumpulan MRT mengumpul, menggunakan dan mendedahkan data peribadi anda;
- Tempoh Kumpulan MRT menyimpan data anda dan bagaimana Kumpulan MRT melindunginya;
- Cara anda boleh menghubungi Kumpulan MRT untuk melindungi hak anda.
1. Pegawai Perlindungan Data
Bagi tujuan Notis Privasi ini, sebarang permintaan atau pertanyaan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada:
Pegawai Perlindungan Data
Email: [email protected]
2. Cara dan Tujuan Penggunaan Data Peribadi
Kumpulan MRT mengumpul, memproses dan menyimpan data peribadi (seperti nama, maklumat hubungan, butiran pengenalan, maklumat pekerjaan dan perkara lain yang berkaitan) sebagaimana perlu untuk tujuan termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Menjawab pertanyaan umum;
- Berkomunikasi dengan pihak berkepentingan dan orang awam;
- Menguruskan penglibatan korporat, rundingan awam, pertandingan, tinjauan, talian khidmat pelanggan dan acara umum;
- Memproses sebarang urusan perolehan dan tender, permohonan pekerjaan dan latihan industri, pendaftaran vendor;
- Mengurus pembangunan hartanah dan infrastruktur;
- Memastikan pematuhan terhadap kewajipan undang-undang atau peraturan.
Kumpulan MRT juga boleh mengumpul data peribadi melalui laman web Kumpulan MRT (cth: melalui borang maklum balas maklumat), talian khidmat pelanggan, rakaman CCTV, data biometrik dan platform media sosial Kumpulan MRT.
3. Perkongsian dan Pendedahan Data Peribadi
Kumpulan MRT tidak akan menjual atau menyewakan data peribadi anda. Walau bagaimanapun, Kumpulan MRT dibenarkan untuk berkongsi atau mendedahkan data peribadi anda tertakluk kepada keadaan berikut dan/atau kepada pihak-pihak berikut:
- Di dalam Kumpulan MRT;
- Untuk tujuan perkongsian kepada pihak yang dilantik oleh Kumpulan MRT bagi menjalankan perkhidmatan tertentu untuk Kumpulan MRT;
- Kerajaan Malaysia, agensi-agensi kerajaan dan mana-mana kerajaan negeri;
- Untuk mematuhi kewajipan undang-undang, peraturan dan/atau permintaan pihak penguatkuasa undang-undang;
- Untuk melindungi kepentingan perniagaan sah Kumpulan MRT atau menguatkuasakan hak undang-undang Kumpulan MRT;
- Mana-mana pihak yang diwajibkan secara sah mengikut undang-undang sedia ada untuk pendedahan data peribadi tersebut
Dalam semua perkara di atas, Kumpulan MRT mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan pihak ketiga yang menerima data peribadi anda adalah dilaksanakan mengikut kehendak undang-undang sebagai langkah perlindungan daripada Kumpulan MRT.
4. Penyimpanan dan Keselamatan Data
Kumpulan MRT hanya menyimpan data peribadi selama tempoh yang diperlukan berdasarkan tujuan ia dikumpul atau untuk mematuhi keperluan undang-undang, perakaunan atau pelaporan.
Kumpulan MRT mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi data peribadi yang Kumpulan MRT kumpul daripada penyalahgunaan, kehilangan, pendedahan tanpa kebenaran, akses tanpa kebenaran, pengubahsuaian dan/atau data yang tidak tepat.
5. Pemindahan Data Merentasi Sempadan
Jika perlu untuk tujuan operasi atau pemprosesan, data peribadi anda mungkin dipindahkan ke luar Malaysia. Dalam hal sedemikian, Kumpulan MRT akan memastikan bahawa pihak penerima menyediakan tahap perlindungan yang setara dengan PDPA.
6. Hak Anda
Di bawah PDPA, anda mempunyai hak-hak berikut:
- Akses – untuk meminta salinan data peribadi anda yang disimpan oleh Kumpulan MRT;
- Pembetulan – untuk meminta pembetulan ke atas data yang tidak tepat atau tidak lengkap;
- Penarikan Balik Persetujuan – untuk menarik balik persetujuan bagi sebarang tujuan yang telah diberikan;
- Bantahan – untuk membantah pemprosesan bagi tujuan pemasaran langsung;
- Pemadaman – dalam keadaan tertentu, untuk meminta pemadaman data peribadi anda;
Permintaan boleh dibuat dengan menghubungi Kumpulan MRT di: [email protected]
Sila ambil perhatian bahawa Kumpulan MRT memerlukan bukti pengenalan sebelum memproses permintaan anda dan akan mengenakan bayaran pentadbiran yang dibenarkan di bawah PDPA.
7. Aduan
Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan cara Kumpulan MRT mengendalikan data peribadi anda, anda boleh mengemukakan aduan kepada Kumpulan MRT melalui butiran hubungan di atas.
Anda juga boleh membuat aduan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) melalui:
Jabatan Perlindungan Data Peribadi
Aras 6, Kompleks KKMM
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, Malaysia
Laman web: https://www.pdp.gov.my
8. Perubahan kepada Notis Privasi Ini
Kumpulan MRT akan mengemas kini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Versi terkini akan diterbitkan di laman web Kumpulan MRT.