ProjectsPengumuman Trafik

Pengumuman Trafik

PENUTUPAN LORONG SECARA BERKALA DAN BERPERINGKAT DI KM1.0 – KM0.7, TAMBAK JOHOR (KEDUA-DUA ARAH)
4 Nov
2024
8 Nov
2024

Waktu Aktiviti
8:00 malam – 5:00 pagi (Peringkat 1) 8:00 malam – 3.00 pagi (Peringkat 2 dan 3) 10:00 malam – 5:00 pagi (Peringkat 4 dan 5

Penerangan

Untuk makluman, penutupan lorong secara berkala dan berperingkat di Tambak Johor (kedua-dua arah) akan dilaksanakan dari 4 November 2024 hingga 8 November 2024 dan dari 15 November 2024 hingga 29 November 2024 (termasuk Sabtu dan Ahad). Tempoh masa kerja adalah dari 8:00 malam hingga 5:00 pagi (Peringkat 1), 8:00 malam hingga 3:00 pagi (Peringkat 2 dan 3) dan 10:00 malam hingga 5:00 pagi (Peringkat 4 dan 5) selama 20 hari.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan tembok parapet, kerja pemasangan tiang lampu dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link.


PENGUMUMAN TRAFIK : PENUTUPAN SEBAHAGIAN JALAN JOHOR BAHRU – ENDAU, JOHOR BAHRU (DARI SEKSYEN 0.00 HINGGA SEKSYEN 0.10)
4 Nov
2024
31 Dec
2026

Waktu Aktiviti
24 Jam

Penerangan

Untuk makluman, penutupan sebahagian Laluan 3, Jalan Johor Bahru-Endau (dari Seksyen 0.00 hingga Seksyen 0.10) akan dilaksanakan dari 4 November 2024 hingga 31 Disember 2026. Tempoh masa kerja-kerja adalah 24 jam sehari, selama 26 bulan.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja- kerja perobohan tanjakan sedia ada dan pembinaan tanjakan baru ke Kompleks ICQ dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link.


PENUTUPAN LORONG SECARA BERKALA DAN BERPERINGKAT DI KM1.0 – KM0.7 DI TAMBAK JOHOR (KEDUA-DUA ARAH)
9 Oct
2024
27 Oct
2024

Waktu Aktiviti

Penerangan

Untuk makluman, penutupan lorong secara berkala dan berperingkat di Tambak Johor (kedua-dua arah) akan dilaksanakan dari 09 Oktober 2024 hingga 27 Oktober 2024 (termasuk Sabtu dan Ahad). Tempoh masa kerja adalah dari 8:00 malam hingga 3:00 pagi (arah Woodlands, Singapura) dan 10:00 malam hingga 5:00 pagi (arah Johor Bahru, Malaysia) selama 19 hari.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja pelancaran segmen kekotak dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link


PENUTUPAN JALAN SECARA BERKALA DI JALAN TUN ABDUL RAZAK, JOHOR BAHRU (BERHAMPIRAN MENARA JLAND & JB SENTRAL, ARAH PUSAT BANDAR)
30 Sep
2024
3 Oct
2024

Waktu Aktiviti
4 hari

Penerangan

Untuk makluman, penutupan jalan secara berkala di Jalan Tun Abdul Razak (berhampiran Menara Jland & JB Sentral) akan dilaksanakan dari 30 September 2024 hingga 3 Oktober 2024.

Aktiviti

Untuk memudahkan kerja-kerja pelancaran kekotak segmen dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link


PENUTUPAN SUSUR KELUAR DAN SEBAHAGIAN JALAN JIM QUEE, JOHOR BAHRU (BERHAMPIRAN PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT, ARAH JALAN ISMAIL SULTAN)
26 Sep
2024
31 Mar
2025

Waktu Aktiviti
187 hari

Penerangan

Bagi memudahkan kerja-kerja merungkai struktur sokongan dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link

Aktiviti

Untuk makluman, penutupan susur keluar dan sebahagian Jalan Jim Quee, Johor Bahru (berdekatan persimpangan lampu isyarat, arah Jalan Ismail Sultan) akan dilaksanakan dari 26 September 2024 hingga 31 Mac 2025.


PENUTUPAN SEBAHAGIAN JALAN ISMAIL SULTAN, JOHOR BAHRU (BERHAMPIRAN MENARA MSC CYBERPORT, ARAH STULANG LAUT)
26 Sep
2024
31 Mar
2025

Waktu Aktiviti
9:00 pm – 5:00 am

Penerangan

Bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan dinding parapet, kerja-kerja pemasangan penghadang bunyi, kerja-kerja infrastruktur dan kerja-kerja lain berkaitan projek RTS Link

Aktiviti

Untuk makluman, penutupan sebahagian Jalan Ismail Sultan, Johor Bahru akan dilaksanakan dari 26
September 2024 hingga 31 Mac 2025.


PENUTUPAN SUSUR KELUAR JALAN JIM QUEE, JOHOR BAHRU (BERHAMPIRAN HOTEL ZAMBURGER GRAND JADE, ARAH STULANG LAUT)
26 Jul
2024
31 Aug
2024

Waktu Aktiviti
24 jam

Penerangan

Untuk makluman, penutupan susur keluar Jalan Jim Quee, Johor Bahru (berhampiran Hotel Zamburger
Grand Jade, arah Stulang Laut) akan dilaksanakan dari 26 Julai 2024 hingga 31 Ogos 2024. Tempoh masa
kerja adalah 24 jam sehari selama 37 hari.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan struktur sokongan, kerja-kerja pelancaran kekotak segmen dan kerja kerja lain berkaitan projek RTS Link.


PENGAKTIFAN LALUAN KONTRA DI JALAN JIM QUEE 2, JOHOR BAHRU (BERHAMPIRAN BANGUNAN SULTAN ISKANDAR)
14 Jul
2024
25 Jul
2024

Waktu Aktiviti
1.00 AM - 3.00 AM

Penerangan

Untuk makluman, pengaktifan laluan kontra di Jalan Jim Quee 2, Johor Bahru (berhampiran Bangunan Sultan
Iskandar) akan dilaksanakan dari 14 Julai 2024 hingga 25 Julai 2024 (kecuali Jumaat, Sabtu dan Ahad). Tempoh
masa kerja adalah dari 1:00 pagi hingga 3:00 pagi, selama 9 hari.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja penghantaran rasuk penutup U dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link


LANJUTAN PENUTUPAN LORONG KIRI DI JALAN TUN ABDUL RAZAK, JOHOR BAHRU (ARAH PUSAT BANDAR)
26 Jun
2024
31 Dec
2024

Waktu Aktiviti
24 jam

Penerangan

Bagi memudahkan kerja-kerja pelancaran rasuk-U, kerja-kerja pembinaan stesen
Bukit Chagar dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link

Aktiviti

Untuk makluman, lanjutan penutupan lorong kiri di Jalan Tun Abdul Razak (arah Pusat Bandar) akan dilaksanakan dari 26 Jun 2024 hingga 31 Disember 2024. Tempoh masa kerja-kerja adalah selama 24 jam sehari selama 188 hari.